Fungsi Unit OSHE UTM

Mengikut Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994, antara fungsi Unit OSHE UTM adalah:

  1. Menjadi penasihat kepada majikan & pekerja UTM dalam persekitaran keselamatan & kesihatan pekerjaan;
  2. Menyiasat & melaporkan segala insiden yang berkaitan dengan persekitaran, keselamatan & kesihatan pekerjaan;
  3. Mengumpul, menganalisis dan menyenggara statistik insiden;
  4. Membantu UTM dan JKKP UTM dalam menjayakan program persekitaran, keselamatan & kesihatan pekerjaan;
  5. Menjadi sekretariat dalam JKKP Induk UTM;
  6. Memastikan segala peruntukan di bawah Akta KKP (Akta 514)dan peraturan serta akta-akta yang berkaitan dipatuhi.