Oshe

Jawatankuasa Persekitaran, Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (OSHE)
Occupational Safety, Health and Environment (OSHE) Committee

STRUKTUR JAWATANKUASA KESELAMATAN DAN KESIHATAN FKA 2022/2023

TERMA RUJUKAN JKK FKA

Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan FKA adalah bertanggungjawab:

i Membantu dalam pembangunan kaedah-kaedah keselamatan dan
kesihatan, sistem kerja yang selamat dan kajian semula keberkesanan
program keselamatan dan kesihatan.
ii Menjalankan penyiasatan ke atas mana-mana perkara keselamatan dan kesihatan untuk dibawa ke perhatian majikan.
iii Menjalankan kajian tentang trend kemalangan, kemalangan nyaris, kejadian berbahaya, keracunan pekerjaan dan penyakit pekerjaan yang berlaku di tempat kerja.
iv Melaksanakan pemeriksaan tempat kerja sekurang-kurangnya tiga bulan sekali.
v Membincangkan pemerhatian hasil pemeriksaan tempat kerja dan membuat cadangan kepada majikan mengenai langkah-langkah pemulihan yang perlu diambil tentang perkara yang boleh memberi kesan kepada orang di tempat kerja.
vi Melaporkan kepada majikan tentang keadaan atau amalan-amalan yang tidak selamat dan tidak sihat di tempat kerja bersama cadangan-cadangan untuk langkah pemulihan.
vii Membantu majikan dalam sebarang program berkaitan keselamatan dan kesihatan dalam usaha untuk menggalak dan membudayakan amalan kerja selamat di tempat kerja.
viii Menjalankan mesyuarat seberapa kerap yang perlu setara dengan risiko yang dihadapi di tempat kerja tetapi hendaklah bermesyuarat tidak kurang daripada tiga bulan sekali.
ix Mempelawa mana-mana orang yang terlibat atau mempunyai pengetahuan tentang sebarang kemalangan, kemalangan nyaris, kejadian berbahaya, keracunan dan penyakit pekerjaan yang berlaku di tempat kerja untuk menghadiri sebarang mesyuarat jawatankuasa ini yang akan membincangkan peristiwa itu.

 

LAIN-LAIN

Mengikut Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994,

antara fungsi Unit OSHE UTM adalah:

1. Menjadi penasihat kepada majikan & pekerja UTM dalam persekitaran keselamatan & kesihatan pekerjaan.
2. Menyiasat & melaporkan segala insiden yang berkaitan dengan persekitaran, keselamatan & kesihatan pekerjaan.
3. Mengumpul, menganalisis dan menyenggara statistik insiden.
4. Membantu UTM dan JKKP UTM dalam menjayakan program persekitaran, keselamatan & kesihatan pekerjaan.
5. TMenjadi sekretariat dalam JKKP Induk UTM.
6. Memastikan segala peruntukan di bawah Akta KKP (Akta 514)dan peraturan serta akta-akta yang berkaitan dipatuhi.

 

 

Seksyen 30 Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 menghendaki setiap majikan tempat kerja yang mempunyai tidak kurang dari 40 orang pekerja, atau majikan yang diarahkan oleh Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, untuk menubuhkan satu Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) di tempat kerja yang berkenaan.Akta juga menghendaki majikan berunding dengan jawatankuasa dalam proses membuat dan melaksanakan perkiraan yang akan membolehkan majikan dan pekerja-pekerja bekerjasama dengan berkesan dalam penggalakan, pembangunan dan penilaian keberkesanan langkah-langkah keselamatan dan kesihatan di tempat kerja.

.