Akta Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan 1994

Seksyen 30 Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 menghendaki setiap majikan tempat kerja  yang mempunyai tidak kurang dari 40 orang pekerja, atau majikan yang diarahkan oleh Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, untuk menubuhkan satu Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) di tempat kerja yang berkenaan.Akta juga menghendaki majikan berunding dengan jawatankuasa dalam proses membuat dan melaksanakan perkiraan yang akan membolehkan majikan dan pekerja-pekerja bekerjasama dengan berkesan dalam penggalakan, pembangunan dan penilaian keberkesanan langkah-langkah keselamatan dan kesihatan di tempat kerja.