Mengikut Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994, antara fungsi Unit OSHE UTM adalah:
- Menjadi penasihat kepada majikan & pekerja UTM dalam persekitaran keselamatan & kesihatan pekerjaan;
- Menyiasat & melaporkan segala insiden yang berkaitan dengan persekitaran, keselamatan & kesihatan pekerjaan;
- Mengumpul, menganalisis dan menyenggara statistik insiden;
- Membantu UTM dan JKKP UTM dalam menjayakan program persekitaran, keselamatan & kesihatan pekerjaan;
- Menjadi sekretariat dalam JKKP Induk UTM;
- Memastikan segala peruntukan di bawah Akta KKP (Akta 514)dan peraturan serta akta-akta yang berkaitan dipatuhi.