26 Jun 2014 – Fakulti Kejuruteraan Awam telah memenangi Anugerah Akademik 2013 dalam Majlis Anugerah Citra Karisma 2014 yang diadakan pada 26 Jun 2014 di Dewan Sultan Iskandar UTM, demikian menurut Prof. Dr. Shahrin b. Mohammad, Dekan Fakulti Kejuruteraan Awam.

Menurutnya anugerah ini merupakan anugerah tertinggi di peringkat universiti dan ianya cukup bermakna kepada fakulti kerana hasil kerja keras warga fakulti diiktiraf oleh pihak universiti. Anugerah ini merupakan antara pencapaian penting selepas program fakulti diiktiraf untuk tempoh selama 5 tahun oleh badan akreditasi kejuruteraan (EAC) yang diterima semalam.

Shahrin berkaita Fakulti Kejuruteraan Awam telah berjaya hingga ke pusingan akhir mengalahkan 4 fakulti lain iaitu Fakulti Sains, Fakulti Kejuruteraan Kimia, Fakulti Kejuruteraan Elektrik dan Fakulti Komputeran. Kali terakhir memenangi anugerah ini adalah pada tahun 2012.

Anugerah telah disampaikan oleh Ybhg Berbahagia Datuk Naib Canselor UTM dan hadiah adalah berupa cek berjumlah RM10,000.00, sijil, trofi dan piala pusingan. Selain anugerah ini staf fakulti turut menerima Anugerah Khidmat Cemerlang, Anugerah Penerbitan dan anugerah-anugerah lain