Dekan menyampaikan cenderamata kepada penceramah En Mohd Yasin b. Kamis

MODUL PEMBANGUNAN MAHASISWA HOLISTIK UNTUK BANTU MAHASIWA LENGKAPKAN DIRI HADAPI DUNIA LUAR

9 Mei 2014 – Mahasiswa perlu  mengambil peluang menimba sebanyak mungkin ilmu  sepanjang tempoh pengajian  untuk memperlengkapkan diri   untuk menghadapi dunia luar selepas bergraduan kelak, demikian menurut Prof Dr. Shahrin Mohamed, Dekan Fakulti  Kejuruteraan Awam dalam ucapan perasmian Seminar Pembangunan Mahasiswa Holistik  selama dua hari di sini.

Beliau menyeru mahasiswa untuk dapat memanfaatkan peluang  menyertai seminar ini kerana pelbagai tajuk menarik dengan penceramah  berpengalaman dalam bidang masing-masing telah dijemput untuk berkongsi pegnalaman  bermula pada 9 hingga 10 Mei 2014.  Modul yang dirangka ini  akan menyentuh perkara berkaitan kenegaraan dan jati diri , perubahan sikap, mengurus risiko, tanggungjawab sosial, keusahawanan,  pemikiran kreatif dan  tanggungjawab agama dan bangsa.

Shahrin berkata seminar ini merupakan inisiatif fakulti yang telah dilaksanakan sejak tahun 2012 bagi membantu mahasiswa memperlengkapkan diri sebelum mereka bergraduan. Kita berharap mahasiswa yang dikeluarkan oleh UTM mampu menjadi warga yang berjaya dalam kerjaya dan kehidupan. 

Tambahnya  beliau yakin hasil daripada inisiatif ini  juga antara faktor penyumbang kepada pencapaian graduan fakulti ini  sebanyak 84 peratus berjaya mendapat pekerjaan selepas 3 bulan bergraduan pada tahun 2013. Malah Fakulti kejuruteraan Awam juga telah tersenarai pada tangga pertama di Malaysia dalam QS World Ranking sebagai Universiti terbaik dalam bidang Teknologi dan Kejuruteraan baru-baru ini.

Antaranya penceramah yang dijemput dalam seminar ini adalah  usahawan berjaya En Mohd Amin Abdullah, usahawan daripada Kelantan, Etika Pentadbiran dan Pemantauan Projek daripada Prof. Dr. Abd. Latif b. Salleh, Pengarah Pejabat Harta Bina, Dr. Alipah bt Baharum, pakar psiktrik dalam kemurungan, En Mohd Yasin Kamis, kaunselor dalam pengurusan stress dan ramai lagi penceramah. Penceramah juga adalah daripada pakar daripada dalam UTM. Sebahagian penceramah turut memberikan perkhidmatan percuma dan menganggap ini sebagai sumbangan mereka untuk melahirkan generasi muda yang mantap dengan pengetahuan dan iman.