Satu Majlis Penghargaan Mantan Pentadbir Akademik FKA telah berlansung dengan jayanya pada tanggal 9 februari 2015 bertempat di Bilik Seminar PBL 1 jam 12.30 tengah hari. Majlis ini diadakan untuk meraikan lima pentadbir akademik dan satu pentadbir akademik yang telah tamat tempoh perkhidmatan mereka di Fakulti Kejuruteraan Awam. Mereka yang diraikan adalah seperti penama berikut:

 

Prof Dr Khairul Anuar bin Kassim selaku Dekan baharu FKA telah berkesempatan merasmikan majlis ini dan memberikan ucapan penghargaan dan terima kasih tidak terhingga  kepada enam mantan pentadbir FKA. Dalam ucapannya beliau melahirkan perasaan sedih dan terharu diatas jasa bakti yang telah ditaburkan oleh mantan pentadbir ini sehingga berjaya membawa fakulti melonjak jauh kehadapan terutamanya dalam bidang akademik dan pengantarabangsaan. Beliau seterusya berharap staf akademik akan terus memberikan kerjasama yang tidak berbelah bahagi kepada barisan kepimpinan baharu FKA bagi meningkatkan kecemerlangan fakulti dalam bidang akademik  dan penerbitan penyelidikan serta seterusnya mampu bersaing diperingkat global.

View Photo Gallery