gambar kasuf 14

KARNIVAL SUKAN FAKULTI KEJURUTERAAN AWAM 2014 (KASUF’14)  PERERATKAN HUBUNGAN SILATURAHIM   PELAJAR

3 Mei 2014 –  Pelajar Kejuruteraan Awam  buat julung-julung kalinya telah mengadakan  sukan bagi mempereratkan hubungan ukwah  warga fakulti  yang melibatkan pelajar dan staf  fakulti mulai 18 April  dan berakhir 2 Mei lalu anjuran Persatuan Kejuruteraan Awam dengan kerjasama Majlis Perwakilan Mahasiswa FKA.

Menurut Farah Amira Izzati Mohd Farid Ismet Ravi, selaku Pengarah Program, sebanyak lima acara telah dipertandingkan  iaitu futsal, bola jarring, bola tampar, sepak takraw dan badminton dengan objektif untuk merapatkan  hubungan  kerjasama sesama mahasiswa kejuruteraan awam. 

Tambahnya, pertandingan melibatkan  22  pasukan  antara tahun dan seksyen , menyaksikan kesungguhan dan komitmen mahasiswa kerana hampir setiap petang mereka turun ke pandang  di sekitar kampus untuk bermain maupun memberi sokongan kepada rakan-rakan.  Beliau juga ingin merakamkan ucapan penghargaan kepada Dr. Mohd Yunus Ishak, selaku penasihat program.

Farah berkata,  karnival ini  adalah hasil kerjasama dan komitmen yang diberikan oleh semua ahli jawatankuasa yang dilantik yang dianggapnya atas semangat kerja satu keluarga.  Beliau berkata demikian ketika ditemubual selepas majlis penutup dan penyampaian hadiah karnival ini.

Acara penutup  program ini telah disempurnakan oleh Puan Nor Azizah Ismail, Timbalan Pendaftar FKA sebagai mewakili Dekan Fakulti.  Dalam ucapan perasmian penutup berkenaan beliau  menyeru mahasiswa  untuk aktif  menyertai program-program samada sebagai penganjur  maupun peserta.   Ianya merupakan proses pembelajaran yang tidak  dapat diperolehi di bilik kuliah maupun di dewan peperiksaan.  Ditambah lagi universiti telah menyediakan pelbagai kemudahan yang sepatutnya dimanfaatkan oleh mahasiswa.

Beliau turut  mengucapkan tahniah kepada pasukan yang  menang dan kepada yang kalah, beliau berharap dapat mencuba lagi pada tahun hadapan. Beliau turut mengucapkan tahniah kepada  ahli jawatankuasa  karnival ini  yang telah berjaya mengadakan karnival  ini dan berharap program ini dapat dijadikan acara tahunan fakulti.

Johan bagi acara sepak takraw  berjaya digondol oleh pasukan Tahun 4 Kumpulan 1, Seksyen 2. Johan bagi acara bola tampar lelaki jatuh kepada pasukan mahasiswa Pasca Siswazah. Manakala mahasiswa Tahun 2, Kumpulan 1 Seksyen 1 pula menjadi  Johan bagi acara bola tampar wanita.

Bagi acara bola jaring, johan adalah pasukan pelajar Tahun 1, Kumpulan 2 dan Seksyen 2. Ahir Johan bagi acara futsal pula telah di sandang oleh pasukan  Mahasiswa Tahun 4, Kumpulan 1, Seksyen 3. Johan keseluruhan  Karnival ini telah  berjaya  disandang oleh  pasukan Mahasiswa Tahun 4