Navigation

Contact Us

FACULTY OF CIVIL ENGINEERING

Universiti Teknologi Malaysia
81310 Johor Bahru
Johor, MALAYSIA

MANAGEMENT / ADMIN OFFICE:
Dean Office: (+607) 53 33715
Admin / HR: (+607) 53 33581
Email: fka@utm.my

RESEARCH:
Office: (+607) 53 33581
Email: td_pipa_fka@utm.my

ACADEMIC OFFICE:
POSTGRADUATE
Tel: (+067) 53 33937
Email: fka-pg@utm.my
UNDERGRADUATE
Tel: (+607) 53 33662
Email: fka-ug@utm.my

Tahniah Puan Kuntum binti Md. Ariff sebagai Setiausaha Sekretariat Munsyi Muda Bahasa Sektor Awam (SEMUA)

By Administrator

24/10/2025

FKA Ucap Tahniah atas Pelantikan Pn. Kuntum binti Md. Ariff sebagai Setiausaha Sekretariat Munsyi Muda Bahasa Sektor Awam (SEMUA) Kebangsaan 2025–2029

JOHOR BAHRU, 22 Oktober 2025 – Fakulti Kejuruteraan Awam (FKA), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada Puan Kuntum binti Md. Ariff, Setiausaha Pejabat (N7), atas pelantikan beliau sebagai Setiausaha Sekretariat Munsyi Muda Bahasa Sektor Awam (SEMUA) Kebangsaan bagi penggal 2025–2029.

Pelantikan berprestij ini diumumkan dalam Majlis Pemilihan Sekretariat Munsyi Muda Bahasa Sektor Awam (SEMUA) yang diadakan pada 17 Oktober 2025 bertempat di INTAN Bukit Kiara, anjuran bersama Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

Pelantikan ini mencerminkan pengiktirafan terhadap keupayaan dan komitmen Pn. Kuntum dalam memperkukuh penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan bahasa ilmu dalam sektor awam, sejajar dengan aspirasi nasional memperkasakan bahasa kebangsaan di peringkat pentadbiran dan pendidikan tinggi.

Warga Fakulti Kejuruteraan Awam amat berbangga dengan kejayaan ini yang sekaligus mengharumkan nama FKA dan UTM di peringkat kebangsaan.

FKA UTM turut mendoakan agar Pn. Kuntum terus cemerlang dalam menjalankan tanggungjawab baharu ini serta menjadi inspirasi kepada seluruh warga universiti dalam mengangkat martabat bahasa dan budaya ilmu.

“Sesungguhnya kejayaan ini bukan sahaja mengiktiraf keupayaan individu, tetapi juga mencerminkan budaya kecemerlangan dan nilai intelektual yang menjadi teras kepada warga FKA UTM.”

Share This Article

Related Posts

Festival Kerjaya Premium UTM (UTMPearl) 2026

Festival Kerjaya Premium UTM (UTMPearl) 2026

Pusat Kerjaya UTM (UTMCC) akan menganjurkan Festival Kerjaya Premium UTM (UTMPearl) 2026. Sebanyak 7️⃣3️⃣syarikat dari dalam dan luar negara, yang kebanyakannya merupakan syarikat multinasional (MNC), akan menyertai program ini. Selain menawarkan peluang pekerjaan dan...

Tahniah Prof. Ts. Dr. Abd Latif Saleh

Tahniah Prof. Ts. Dr. Abd Latif Saleh

𝐓𝐚𝐡𝐧𝐢𝐚𝐡 𝐚𝐭𝐚𝐬 𝐩𝐞𝐥𝐚𝐧𝐭𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐬𝐞𝐛𝐚𝐠𝐚𝐢 𝐀𝐡𝐥𝐢 𝐋𝐞𝐦𝐛𝐚𝐠𝐚 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐚𝐫𝐚𝐡 𝐔𝐧𝐢𝐯𝐞𝐫𝐬𝐢𝐭𝐢 𝐓𝐞𝐤𝐧𝐨𝐥𝐨𝐠𝐢 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 (𝐔𝐓𝐌) Seluruh warga FKA mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada YBrs. Prof. Ts. Dr. Abd Latif Saleh atas pelantikan sebagai Ahli Lembaga Pengarah Universiti Teknologi Malaysia....

UTM Open Day