Navigation

Contact Us

FACULTY OF CIVIL ENGINEERING

Universiti Teknologi Malaysia
81310 Johor Bahru
Johor, MALAYSIA

MANAGEMENT / ADMIN OFFICE:
Dean Office: (+607) 53 33715
Admin / HR: (+607) 53 33581
Email: fka@utm.my

RESEARCH:
Office: (+607) 53 33581
Email: td_pipa_fka@utm.my

ACADEMIC OFFICE:
POSTGRADUATE
Tel: (+067) 53 33937
Email: fka-pg@utm.my
UNDERGRADUATE
Tel: (+607) 53 33662
Email: fka-ug@utm.my

Suntikan Inspirasi: Dua Profesor FKA UTM Diiktiraf Antara Saintis Kejuruteraan & Teknologi Terbaik Dunia

By Administrator

17/05/2026

JOHOR BAHRU – Fakulti Kejuruteraan Awam (FKA), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) sekali lagi melakar sejarah di persada global apabila dua ahli akademik terkemukanya disenaraikan dalam ranking Saintis Kejuruteraan dan Teknologi Terbaik di Malaysia menerusi edisi ke-4 Research.com (2026).

Pengiktirafan berprestij ini membuktikan komitmen berterusan FKA UTM dalam memacu kecemerlangan penyelidikan, inovasi, serta menyumbang kepada penyelesaian mampan (Innovating Sustainable Solutions) yang berimpak tinggi.

Sekalung tahniah dan syabas diucapkan kepada:

  • Prof. Ts. Dr. Edy Tonnizam Mohamad (Timbalan Naib Canselor (Pembangunan) UTM) Berjaya menduduki tempat ke-50 di Malaysia dan ke-4442 di peringkat dunia.

  • Prof. Ir. Ts. Dr. Ahmad Safuan A. Rashid (Timbalan Dekan (Penyelidikan, Inovasi & Pembangunan) FKA) Berjaya menduduki tempat ke-76 di Malaysia dan ke-6108 di peringkat dunia.

Inspirasi Buat Komuniti Akademik

Kejayaan luar biasa ini bukan sahaja mengharumkan nama universiti, malah menjadi pemangkin semangat dan inspirasi luar biasa bagi seluruh warga akademik, penyelidik, dan mahasiswa di Malaysia untuk terus meneroka sempadan ilmu baharu.

FKA UTM akan terus komited melahirkan kepakaran tempatan bertaraf dunia demi menyokong agenda UTM Ascend 2030. Tahniah sekali lagi atas pencapaian yang amat membanggakan ini!


Driving Global Excellence: Two FKA UTM Professors Ranked Among the World’s Best Engineering & Technology Scientists

JOHOR BAHRU – The Faculty of Civil Engineering (FKA), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) has once again hit a monumental milestone on the global stage. Two of its distinguished academic leaders have been officially ranked among the Best Engineering and Technology Scientists in Malaysia by the prestigious 4th edition of Research.com (2026).

This outstanding achievement underscores FKA UTM’s unwavering commitment to research excellence, global impact, and “Innovating Sustainable Solutions” for the future.

A heartfelt applause and warmest congratulations to:

  • Prof. Ts. Dr. Edy Tonnizam Mohamad (Deputy Vice Chancellor (Development), UTM) Ranked #50 in Malaysia and #4442 globally.

  • Prof. Ir. Ts. Dr. Ahmad Safuan A. Rashid (Deputy Dean (Research, Innovation & Development), FKA) Ranked #76 in Malaysia and #6108 globally.

An Inspiration to the Academic Community

This remarkable global recognition not only elevates UTM’s standing in the international scientific community but also serves as a powerful inspiration to researchers, academics, and students across the nation.

Aligned with the UTM Ascend 2030 vision, FKA continues to foster a world-class research ecosystem. Congratulations once again to both professors on this truly inspiring milestone!

Share This Article

Related Posts

UTM Open Day