
Fakulti Kejuruteraan Awam (FKA) UTM dengan bangganya membawakan e-Buletin Edisi 3/2026 bagi suku Julai hingga September 2026. Bertemakan kemerdekaan, edisi kali ini meraikan perpaduan, daya tahan, dan peranan penting bidang kejuruteraan awam dalam menyumbang ke arah pembinaan infrastruktur serta bandar raya mampan untuk negara.
Berikut adalah antara rangkuman menarik yang dikongsikan di dalam edisi terbaharu ini:
- Penyelidikan dan Inovasi Berimpak: FKA terus memacu teknologi mampan melalui penganjuran persidangan FIBRECONS 2026 yang membincangkan pembinaan rendah karbon, serta simposium antarabangsa QUAKESAFE 2026 yang memfokuskan kepada mitigasi bahaya gempa bumi. Penyelidik FKA turut memperkasa komuniti Kampung Pasir Gudang Baru melalui inisiatif menukar sisa cengkerang kupang kepada sumber bernilai.
- Pembangunan Pelajar dan Inspirasi Alumni: Pertandingan Model Jambatan UTM 2026 kembali mewarnai fakulti selepas lapan tahun bagi mencungkil bakat kejuruteraan generasi muda. Edisi ini juga menonjolkan kisah kejayaan alumni FKA, Ir. Dr. Mohammed Ridzuan bin Jahdin, yang kini berkhidmat sebagai Timbalan Ketua Pengarah Lembaga Lebuhraya Malaysia.
- Dedikasi dan Pencapaian Staf: Kami merakamkan setinggi-tinggi penghargaan buat Prof. Ir. Dr. Azman bin Kassim atas khidmat bakti dan sumbangan besar beliau dalam bidang kejuruteraan geoteknik sempena persaraan beliau. Buletin ini turut menonjolkan semangat komuniti yang ditunjukkan oleh Encik Abu Bakar bin Sa’an (Abang Burn), di samping meraikan pelbagai pencapaian pingat, geran, dan pengiktirafan staf pada peringkat antarabangsa.
- Semarak Bulan Kebangsaan: Semangat perpaduan warga FKA diserlahkan menerusi penyertaan aktif dalam program FKA Merdeka Run 2026 dan Explorace Merdeka Seribu.
Dapatkan inspirasi daripada seluruh aktiviti, jalinan industri, dan kecemerlangan warga fakulti.
🔗 Baca e-Buletin penuh di sini: https://civil.utm.my/fkabuletin
civil.utm.my | Always Ahead
#1programkejuruteraanawamdimalaysia #FKA #UTM #KejuruteraanAwam
Highlights from FKA E-Bulletin Vol. 3/2026: Celebrating Innovation, Independence, and Excellence
The Faculty of Civil Engineering (FKA) at UTM proudly presents our e-Bulletin Issue 3/2026 for the July-September 2026 quarter. Embracing the Merdeka theme, this edition celebrates unity, resilience, and the essential role of civil engineering in developing sustainable cities and infrastructure for the nation.
Here is a glimpse of the key highlights featured in this latest release:
- Impactful Research and Innovation: FKA continues to drive sustainable technology forward through the FIBRECONS 2026 symposium on low-carbon construction, and the QUAKESAFE 2026 international symposium dedicated to earthquake hazard mitigation. Our researchers also empowered the Kampung Pasir Gudang Baru community by transforming mussel-shell waste into valuable, sustainable resources.
- Student Development and Alumni Inspiration: The UTM Bridge Model Competition 2026 made a remarkable comeback after an eight-year hiatus, challenging the engineering talents of the younger generation. This issue also shines a spotlight on the professional journey of our alumni, Ir. Dr. Mohammed Ridzuan bin Jahdin, Deputy Director General of the Malaysian Highway Authority.
- Staff Dedication and Achievements: We pay tribute to Prof. Ir. Dr. Azman bin Kassim for his outstanding dedication and contributions to geotechnical engineering upon his retirement. The bulletin also highlights the heartwarming community spirit of Encik Abu Bakar bin Sa’an (Abang Burn), alongside numerous staff achievements in international innovation competitions, grants, and professional recognitions.
- National Month Celebrations: The unity and patriotism of the FKA community were in full display during the FKA Merdeka Run 2026 and the Explorace Merdeka Seribu events.
Stay inspired by the activities, industry partnerships, and achievements of our faculty members and students.
🔗 Read the full e-Bulletin here: https://civil.utm.my/fkabuletin
civil.utm.my | Always Ahead
#1civilengineeringprograminmalaysia #FKA #UTM #CivilEngineering



