
SKUDAI, 5 Oktober 2026 – Suasana di Fakulti Kejuruteraan Awam (FKA), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) hari ini berseri dengan wajah-wajah ceria serta kehangatan semangat anak-anak muda yang bakal mewarisi dunia kejuruteraan. Majlis Pendaftaran dan Taklimat Pelajar Baharu Sesi 2026/2027 menyaksikan pendaftaran seramai 367 orang pelajar baharu, terdiri daripada 330 pelajar tempatan dan 37 pelajar antarabangsa.

Di sebalik angka dan statistik ini, terhimpun pelbagai kisah perjuangan, harapan keluarga, dan impian murni para pelajar yang datang dari seluruh pelosok negara mahupun pelbagai penjuru dunia. Mereka hadir bukan sekadar untuk mengejar segulung ijazah, tetapi untuk mempelajari ilmu membina persekitaran dan komuniti yang lebih selamat, lestari, dan bermakna.

Majlis dimulakan dengan sesi taklimat mesra yang disampaikan oleh Dekan FKA bersama Timbalan Dekan (Akademik & Hal Ehwal Pelajar). Dalam amanatnya, Dekan mengingatkan bahawa bidang kejuruteraan awam amat berkait rapat dengan kehidupan manusia—dari jalan raya yang kita lalui, jambatan yang menghubungkan persaudaraan, sehinggalah kepada kediaman tempat kita berteduh. Beliau menyeru para pelajar supaya sentiasa menerapkan nilai kemanusiaan, integriti, dan empati dalam setiap usaha serta rekaan kejuruteraan mereka.



Selain pendaftaran mata pelajaran, program pendaftaran sesi ini turut dijadualkan dengan sesi perjumpaan khas bersama Penasihat Akademik (PA) masing-masing. Penasihat Akademik memainkan peranan amat penting sebagai pembimbing dan pendamping sepanjang perjalanan pengajian mereka sehingga melangkah ke pentas graduasi pada tahun 2030 kelak. Lebih daripada sekadar penasihat akademik, para PA ini bertindak seperti ibu bapa di kampus—sentiasa sedia mendengar, membimbing, serta memberikan sokongan moral dan keibubapaan sepanjang pelajar berada di universiti.

Bagi membantu pelajar menyesuaikan diri dengan persekitaran akademik di UTM, pihak fakulti menyediakannya secara mudah dan tersusun. Semua panduan berkaitan akademik, jadual waktu, dan kelengkapan pengajian boleh dicapai secara dalam talian melalui pautan utama Pelajar Prasiswazah FKA serta Student Kits FKA.
Seluruh warga FKA mengucapkan Selamat Datang dan Selamat Maju Jaya kepada semua pelajar baharu Sesi 2026/2027. Jadikan fasa ini sebagai medan untuk menimba ilmu, membina persahabatan, dan menyemarakkan prinsip semangat “FKA: Always Ahead”.
Stepping into the Future with Heart: FKA Welcomes 367 New Students for the 2026/2027 Session
SKUDAI, October 5, 2026 – The Faculty of Civil Engineering (FKA), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) came alive today with vibrant smiles, eager steps, and the warm energy of future engineers. The Registration and Briefing Session for the 2026/2027 Academic Session officially welcomed a total of 367 new students—comprising 330 local students and 37 international scholars.
Beyond numbers and statistics lie inspiring stories of dedication, family hopes, and personal dreams. Coming from all across Malaysia and various corners of the globe, these young minds join us not just to earn a degree, but to learn how to build safer, more resilient, and more compassionate communities.
The orientation featured a heartwarming address by the Dean of FKA alongside the Deputy Dean (Academic & Student Affairs). In his speech, the Dean reminded students that civil engineering is fundamentally about improving human lives—from the roads that connect us to the structures that keep families safe. He urged students to carry empathy, integrity, and social responsibility alongside their technical expertise.
In addition to course registration, the schedule featured dedicated meet-and-greet sessions with their respective Academic Advisors (PA). These advisors play a crucial role as mentors and guides through their academic journey leading up to their graduation in 2030. Beyond providing academic guidance, the Academic Advisors also step into the role of campus parents—offering care, wise counsel, and a strong support system away from home throughout their university life.
To support their seamless transition into university life, essential academic guides, class schedules, and resources are made readily available through the FKA Undergraduate Portal and the dedicated FKA Student Kits Page.
The entire FKA family extends a heartfelt welcome to all our new students. As you embark on this exciting journey, work hard, support one another, and live up to our spirit: “FKA: Always Ahead.”








