Dear UTM community, the University remains highly concerned about the current air quality conditions and its potential impact on the health and well-being of the campus community. As a precautionary measure to minimise exposure to the haze, the following guidelines will be implemented:
-
Implementation Dates: All face-to-face Teaching and Learning (T&L) activities will transition to an online format from 12 October 2026 until 16 October 2026.
-
Lecture Sessions: All lectures will be conducted online according to the established teaching timetable. Students are required to attend these online sessions and comply with the learning arrangements communicated by their lecturers.
-
Practical Classes & Exams: T&L activities involving laboratories, workshops, studios, practical components, and physical tests or final examinations will continue as scheduled. However, these must be conducted strictly indoors within enclosed facilities.
-
Safety Precautions: Everyone is reminded to regularly monitor the Air Pollutant Index (API) via the DOE portal at https://eqms.doe.gov.my/APIMS/main. All outdoor activities must be suspended when the API reading exceeds 100.
This transition is a temporary measure and will be reviewed periodically based on the current haze developments and API readings. Your cooperation is greatly appreciated to ensure both academic continuity and the safety of the entire University community.
📢 MAKLUMAN PENTING: PERALIHAN KELAS SECARA DALAM TALIAN SUSULAN JEREBU 😷
Kepada semua warga UTM, pihak Universiti mengambil berat tentang tahap kualiti udara semasa yang boleh menjejaskan kesihatan dan kesejahteraan warga kampus. Sebagai langkah berjaga-jaga bagi meminimumkan pendedahan kepada keadaan jerebu, langkah-langkah berikut akan dikuatkuasakan:
-
Tarikh Pelaksanaan: Semua aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) bersemuka akan dilaksanakan secara dalam talian bermula 12 Oktober 2026 sehingga 16 Oktober 2026.
-
Sesi Kuliah: Kuliah akan dijalankan secara dalam talian mengikut jadual waktu yang telah ditetapkan. Pelajar perlu mengikuti sesi ini dan mematuhi arahan daripada pensyarah kursus masing-masing.
-
Kelas Amali & Peperiksaan: Aktiviti yang melibatkan makmal, bengkel, studio, komponen amali, serta ujian akhir yang memerlukan kehadiran fizikal akan diteruskan seperti biasa. Walau bagaimanapun, pelaksanaannya mesti dijalankan sepenuhnya di dalam bangunan atau ruang tertutup (indoor) sahaja.
-
Keselamatan & Kesihatan: Warga Universiti diminta untuk sentiasa memantau Indeks Pencemar Udara (IPU) melalui portal rasmi JAS di https://eqms.doe.gov.my/APIMS/main. Semua aktiviti luar bangunan hendaklah dihentikan apabila bacaan IPU melebihi 100.
Pelaksanaan P&P dalam talian ini merupakan langkah sementara yang akan disemak dari semasa ke semasa mengikut perkembangan keadaan jerebu. Kerjasama seluruh warga kampus amatlah dihargai bagi memastikan kelancaran akademik serta kesihatan semua pihak terjamin.
SURAT PEMAKLUMAN PELAKSANAAN P&P DALAM TALIAN SUSULAN JEREBU



