Navigation

Contact Us

FACULTY OF CIVIL ENGINEERING

Universiti Teknologi Malaysia
81310 Johor Bahru
Johor, MALAYSIA

MANAGEMENT / ADMIN OFFICE:
Dean Office: (+607) 53 33024
Admin / HR: (+607) 53 33581
Email: fka@utm.my

RESEARCH:
Office: (+607) 53 33581
Email: td_pipa_fka@utm.my

ACADEMIC OFFICE:
POSTGRADUATE
Tel: (+067) 53 33081
Email: fka-pg@utm.my
UNDERGRADUATE
Tel: (+607) 53 33662
Email: fka-ug@utm.my

FORUM IKLIM KEBANGSAAN 2026

By Administrator

11/10/2026

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

𝗦𝗘𝗝𝗔𝗨𝗛 𝗠𝗔𝗡𝗔𝗞𝗔𝗛 𝗧𝗔𝗛𝗔𝗣 𝗞𝗘𝗦𝗜𝗔𝗣𝗦𝗜𝗔𝗚𝗔𝗔𝗡 𝗞𝗜𝗧𝗔 𝗗𝗔𝗟𝗔𝗠 𝗠𝗘𝗡𝗗𝗘𝗣𝗔𝗡𝗜 𝗖𝗔𝗕𝗔𝗥𝗔𝗡 𝗠𝗢𝗡𝗦𝗨𝗡 𝗧𝗜𝗠𝗨𝗥 𝗟𝗔𝗨𝗧 (𝗠𝗧𝗟) 𝟮𝟬𝟮𝟲/𝟮𝟬𝟮𝟳 𝗗𝗔𝗡 𝗙𝗘𝗡𝗢𝗠𝗘𝗡𝗔 𝗘𝗟 𝗡𝗜𝗡̃𝗢?

𝗙𝗢𝗥𝗨𝗠 𝗜𝗞𝗟𝗜𝗠 𝗞𝗘𝗕𝗔𝗡𝗚𝗦𝗔𝗔𝗡 𝟮𝟬𝟮𝟲 kembali lagi dengan mengangkat tema 𝗞𝗘𝗦𝗜𝗔𝗣𝗦𝗜𝗔𝗚𝗔𝗔𝗡 𝗛𝗔𝗥𝗜 𝗜𝗡𝗜, 𝗞𝗘𝗧𝗔𝗛𝗔𝗡𝗔𝗡 𝗠𝗔𝗦𝗔 𝗛𝗔𝗗𝗔𝗣𝗔𝗡. Acara tahunan yang paling ditunggu-tunggu sebagai platform strategik bagi membincangkan prospek iklim dan langkah mitigasi bencana secara komprehensif.

📅 Tarikh: 13 Oktober 2026 (Selasa)
🕗 Masa: 8.00 pagi – 5.00 petang
📍 Tempat: Dewan Sultan Iskandar, UTM Johor Bahru

Saksikan secara langsung di saluran rasmi YouTube MET Malaysia.

FB 🔗 https://www.facebook.com/share/p/18MbcSCNcZ/
IG 🔗 https://www.instagram.com/p/DeGR7NLgZr7/?utm_source=ig_web_copy_link&stkn=MzRlODBiNWFlZA==
X 🔗 https://x.com/metmalaysia/status/2106955635841753523?s=20

#MetMalaysia #NRES #MalaysiaMADANI #RancakkanMADANI #ForumIklimKebangsaan #KesiapsiagaanTanggungjawabBersama #PekaAmaran #KesiapsiagaanHariIniKetahananMasaHadapan #monsuntimurlaut #caknacuaca

Berikut merupakan notis pemakluman penutupan kawasan tempat letak kenderaan

NOTIS PEMAKLUMAN PENUTUPAN KAWASAN TEMPAT LETAK KENDERAAN SEMPENA MAJLIS RASMI UNIVERSITI

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

Dimaklumkan bahawa Forum Iklim Kebangsaan 2026 akan diadakan pada 13 Oktober 2026 (Selasa) bertempat di Dewan Sultan Iskandar, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Johor Bahru.
Sehubungan dengan penganjuran majlis rasmi tersebut, kawasan tempat letak kenderaan dan laluan yang telah ditandakan sebagai Zon Biru dan Zon Merah seperti dalam pelan/lampiran akan ditutup sementara bagi memberi laluan serta memastikan pergerakan kenderaan tetamu dan VIP berjalan dengan lancar.
Penutupan kawasan tersebut akan berkuat kuasa seperti berikut:
Tarikh mula: 12 Oktober 2026 (Isnin) Masa: 1700H
Sehingga: 13 Oktober 2026 (Selasa), Masa: 1700H

Oleh yang demikian, kerjasama semua warga kampus adalah dipohon untuk TIDAK meletakkan kenderaan di kawasan yang telah ditandakan sebagai Zon Biru dan Zon Merah sepanjang tempoh penutupan tersebut. Warga kampus juga dimohon untuk mengalihkan kenderaan masing-masing dari kawasan berkenaan sebelum tempoh penutupan bermula.
Tindakan ini adalah bagi memastikan laluan sentiasa lapang, pergerakan kenderaan tetamu dan VIP tidak terhalang serta perjalanan majlis rasmi universiti dapat dilaksanakan dengan lancar, selamat dan teratur.
Warga kampus adalah dinasihatkan untuk menggunakan kawasan tempat letak kenderaan alternatif yang disediakan dan mematuhi segala arahan serta kawalan lalu lintas yang ditetapkan oleh pihak berkuasa keselamatan sepanjang tempoh berkenaan.
Kerjasama, perhatian dan keprihatinan semua warga kampus dalam mematuhi pemakluman ini amatlah dihargai. Segala kesulitan yang timbul sepanjang tempoh penutupan ini amat dikesali.

Sekian, terima kasih.

Share This Article

Related Posts

UTM Open Day