
𝐊𝐚𝐫𝐧𝐢𝐯𝐚𝐥 𝐉𝐨𝐦 𝐌𝐚𝐬𝐮𝐤 𝐔𝐧𝐢𝐯𝐞𝐫𝐬𝐢𝐭𝐢 𝟐𝟎𝟐𝟔 (𝐉𝐌𝐔 𝟐𝟎𝟐𝟔) 𝐙𝐨𝐧 𝐒𝐞𝐥𝐚𝐭𝐚𝐧
Masih mencari hala tuju selepas SPM, STPM, Matrikulasi serta Diploma dan setaraf ? Inilah masanya untuk anda meneroka peluang dan merancang masa depan dengan lebih jelas.
Jom hadir ke Karnival Jom Masuk Universiti 2026 Zon Selatan. Kunjungi reruai UTM dan dapatkan panduan terus daripada pakar dalam memilih laluan pengajian yang selari dengan minat dan aspirasi anda.
𝐈𝐍𝐅𝐎 𝐊𝐀𝐑𝐍𝐈𝐕𝐀𝐋:
Tarikh: 18 – 19 April 2026
Masa: 9.00 pagi – 5.00 petang
Tempat: Aras 3, Persada Johor International Convention Centre (PJICC), Johor Bahru.
𝐏𝐄𝐋𝐁𝐀𝐆𝐀𝐈 𝐀𝐊𝐓𝐈𝐕𝐈𝐓𝐈 𝐌𝐄𝐍𝐀𝐑𝐈𝐊 𝐌𝐄𝐍𝐀𝐍𝐓𝐈 𝐀𝐍𝐃𝐀! ![]()
Bukan sekadar taklimat pendidikan, kami bawakan pelbagai pengisian menarik sepanjang dua hari karnival berlangsung:
Pameran dan konsultansi kemasukan ke institusi
Cabutan bertuah
Ceramah motivasi
Aktiviti “Treasure Hunt”
Permainan Interaksi
Vendor jualan dan trak makanan
Jangan lepaskan peluang ini. Jumpa anda di sana!
Untuk maklumat lanjut berkaitan Karnival Jom Masuk Universiti 2026 (JMU 2026) Zon Selatan, layari https://admission.utm.my/jmu-zon-selatan-2026/
Jom study di UTM, #1 Civil Engineering Program in Malaysia
Pilih UTM, Pilih Civil Engineering Program



