Navigation

Contact Us

FACULTY OF CIVIL ENGINEERING

Universiti Teknologi Malaysia
81310 Johor Bahru
Johor, MALAYSIA

MANAGEMENT / ADMIN OFFICE:
Dean Office: (+607) 53 33715
Admin / HR: (+607) 53 33581
Email: fka@utm.my

RESEARCH:
Office: (+607) 53 33581
Email: td_pipa_fka@utm.my

ACADEMIC OFFICE:
POSTGRADUATE
Tel: (+067) 53 33937
Email: fka-pg@utm.my
UNDERGRADUATE
Tel: (+607) 53 33662
Email: fka-ug@utm.my

FKA UTM Terus Cemerlang: No. 1 di Malaysia dalam Kejuruteraan Awam & Struktur

By Administrator

06/04/2026

JOHOR BAHRU, 2026 – Fakulti Kejuruteraan Awam (FKA), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) terus melakar kejayaan membanggakan apabila diiktiraf sebagai No. 1 di Malaysia bagi bidang Kejuruteraan Awam & Struktur, berdasarkan QS World University Rankings by Subject 2026.

Pencapaian ini turut meletakkan FKA dalam kelompok 51–100 terbaik dunia, satu peningkatan yang signifikan berbanding kedudukan sebelumnya dalam julat 101–150. Lonjakan ini mencerminkan komitmen berterusan fakulti dalam memperkukuh kecemerlangan akademik, penyelidikan berimpak tinggi serta kerjasama strategik di peringkat global.

Kejayaan ini adalah hasil usaha kolektif warga FKA yang sentiasa berusaha meneroka teknologi terkini dan amalan lestari dalam bidang kejuruteraan. Dengan penekanan kepada inovasi dan kreativiti, FKA terus melahirkan graduan yang berupaya menangani cabaran kompleks serta menyumbang kepada pembangunan infrastruktur masa hadapan yang mampan.

Selaras dengan aspirasi ASCEND 2030, FKA komited untuk terus memperkasa pendidikan kejuruteraan bertaraf dunia serta memacu penyelesaian inovatif demi kesejahteraan masyarakat dan negara.

Tahniah diucapkan kepada seluruh warga FKA atas pencapaian yang membanggakan ini!

Share This Article

Related Posts

KERJAYA IMPIAN ANDA BERMULA DI SINI!

KERJAYA IMPIAN ANDA BERMULA DI SINI!

Perhatian kepada semua mahasiswa dan pencari kerja! UTM Premium Career Festival (UTM PEARL 2026) kembali lagi dengan peluang yang lebih besar dan syarikat yang lebih berprestij! Sama ada anda sedang mencari tempat latihan industri (internship) atau peluang pekerjaan...

Festival Kerjaya Premium UTM (UTMPearl) 2026

Festival Kerjaya Premium UTM (UTMPearl) 2026

Pusat Kerjaya UTM (UTMCC) akan menganjurkan Festival Kerjaya Premium UTM (UTMPearl) 2026. Sebanyak 7️⃣3️⃣syarikat dari dalam dan luar negara, yang kebanyakannya merupakan syarikat multinasional (MNC), akan menyertai program ini. Selain menawarkan peluang pekerjaan dan...

UTM Open Day