PORT DICKSON – The rapidly evolving construction landscape demands exceptional human capital readiness. Stepping up to this challenge, the Faculty of Civil Engineering (FKA), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) successfully organized the Civil Engineering Seminar (SEMKA 2026) in Port Dickson. The event served as a dynamic nexus for academics, industry professionals, and students to engage in high-impact knowledge transfer.

What truly set SEMKA 2026 apart was its 122 participants. These are part-time Bachelor of Civil Engineering students (SPACE) who traveled from various learning centers including Kuala Lumpur, Johor Bahru, Kuching, and Kota Kinabalu. Far from conventional students, they are the “pillars of the industry”—already serving as project supervisors, assistant engineers, contractors, technical officers, and civil servants.
The seminar was officially launched by the Dean of FKA UTM, YBrs. Prof. Ts. Dr. Mohd Rosli Hainin. He praised the participants for their resilience and proactive approach in translating university theories into practical, real-world impacts. He emphasized that adapting to the smart era—mastering artificial intelligence (AI), building information modeling (BIM), automation, and sustainable construction—is now an absolute necessity for career survival. Above all, he reminded these future engineers that professional integrity and public safety are core values that must never be compromised.

To deliver the best industry insights, SEMKA 2026 featured six intensive sessions led by distinguished experts:
-
YBrs. Prof. Madya Ir. Ts. Dr. Nor Hasanah Abdul Shukor Lim from UTM Johor Bahru shared her academic expertise.
-
Tuan Ir. Ts. Haji Mohd Sofian Haji Abdullah brought industry perspectives from Kezo Consult Sdn. Bhd.
-
YBrs. Ir. Dr. Salimi Md Saleh provided insights representing Rendang Technologies Sdn. Bhd.
-
Tuan Ir. Ahmad Rafidi Mohayiddin highlighted the crucial role of The Institution of Engineers Malaysia (IEM).
-
Tuan Ir. Ts. Wan Mohd Fadzil Wan Sapiansori shed light on regulations from the Department of Occupational Safety and Health Malaysia.
-
Tuan Ir. Haji Noor Azidy Ishak shared his vast experience from PUNAI Enterprise.
Viewed as UTM’s “little ambassadors,” these SPACE students are entrusted to bridge the gap between academia and industry, driving sustainable development and innovation for the nation’s future.
122 ‘Tiang Seri Industri’ SPACE UTM Sahut Cabaran Kejuruteraan Masa Hadapan di SEMKA 2026
PORT DICKSON – Landskap industri pembinaan kini berubah dengan pantas dan menuntut ketersediaan modal insan yang luar biasa. Menyedari hakikat ini, Fakulti Kejuruteraan Awam (FKA), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah menganjurkan Seminar Kejuruteraan Awam (SEMKA 2026) di Port Dickson. Seminar ini menjadi titik pertemuan dinamik antara ilmuwan akademik, tokoh profesional, dan mahasiswa dalam merancakkan lagi pemindahan ilmu.

Apa yang menjadikan SEMKA 2026 luar biasa adalah profil 122 orang pesertanya. Mereka merupakan mahasiswa Sarjana Muda Kejuruteraan Awam Program Separuh Masa (SPACE) yang berkumpul dari pelbagai lokasi strategik termasuk Kuala Lumpur, Johor Bahru, Kuching, dan Kota Kinabalu. Mereka bukanlah mahasiswa biasa; mereka adalah “tiang seri industri” yang sarat dengan pengalaman sebenar di lapangan sebagai penyelia projek, penolong jurutera, kontraktor, pegawai teknikal, dan penjawat awam.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Dekan FKA UTM, YBrs. Prof. Ts. Dr. Mohd Rosli Hainin. Dalam ucapannya, beliau menyifatkan para peserta sebagai golongan “berjiwa kental” yang proaktif menterjemahkan teori dari bilik kuliah ke lapangan praktikal. Beliau turut menegaskan bahawa penguasaan teknologi seperti kecerdasan buatan (AI), pemodelan maklumat bangunan (BIM), automasi, dan pembinaan lestari kini merupakan satu kemestian, bukan lagi pilihan. Walau bagaimanapun, beliau mengingatkan bahawa nilai integriti dan sikap amanah tidak boleh sesekali dikompromi demi keselamatan masyarakat.
Bagi menyuntik inspirasi, SEMKA 2026 telah membariskan enam sesi intensif bersama pakar industri yang hebat:
-
YBrs. Prof. Madya Ir. Ts. Dr. Nor Hasanah Abdul Shukor Lim dari UTM Johor Bahru mengongsikan kepakaran beliau.
-
Tuan Ir. Ts. Haji Mohd Sofian Haji Abdullah membawakan perspektif industri dari Kezo Consult Sdn. Bhd.
-
YBrs. Ir. Dr. Salimi Md Saleh berkongsi pandangan mewakili Rendang Technologies Sdn. Bhd.
-
Tuan Ir. Ahmad Rafidi Mohayiddin menonjolkan peranan penting The Institution of Engineers Malaysia (IEM).
-
Tuan Ir. Ts. Wan Mohd Fadzil Wan Sapiansori memberikan pendedahan dari sudut Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia.
-
Tuan Ir. Haji Noor Azidy Ishak menyumbangkan pengalaman luas beliau dari PUNAI Enterprise.
Sebagai “duta kecil UTM”, mahasiswa SPACE ini diharap terus menjadi jambatan teguh yang menghubungkan kepakaran universiti dengan realiti industri demi kelestarian sektor pembinaan negara.

Anda juga boleh menonton montaj di sini.



