Fakulti Kejuruteraan Awam (FKA) menyeru seluruh warga UTM, termasuk staf, graduan UTM dan juga alumni program profesional UTM SPACE untuk menyertai Persatuan Alumni Universiti Teknologi Malaysia (PAUTM) melalui Tawaran Khas Daftar Ahli Bersekutu yang kini dibuka.
Dengan yuran keahlian seumur hidup hanya RM100, inisiatif ini bertujuan memperkukuh jaringan alumni dan mewujudkan komuniti profesional UTM yang lebih dinamik serta berdaya saing.
Antara keistimewaan menjadi ahli PAUTM ialah:
-
Khairat kematian RM1,000 (ahli) dan RM500 (isteri/suami)
-
Peluang menyertai pelbagai program pembangunan profesional bersama alumni UTM
-
Akses kepada jaringan komuniti alumni untuk perkongsian ilmu dan peluang kerjaya
-
Kemudahan kad kredit PAUTM (kerjasama Bank Rakyat) dengan perlindungan takaful keluarga percuma sehingga RM300,000
-
Sumbangan bakti kepada jaringan alumni dan komuniti UTM
Ahli juga boleh mendapatkan kad ahli edisi khas dengan bayaran tambahan RM35.00 sahaja.
Pendaftaran adalah mudah — imbas Kod QR pada poster atau layari laman rasmi www.utmalumni.org.my
📍 Untuk maklumat lanjut:
📞 017-806 3742
🏢 Aras 1, Bangunan Scholar’s Inn, Universiti Teknologi Malaysia, Kuala Lumpur
✨ “Network is Our Future”
Mari bersama-sama membina komuniti alumni UTM yang lebih kuat, berpengaruh dan berdaya saing