Navigation

Contact Us

Faculty of Civil Engineering

Universiti Teknologi Malaysia
81310 Johor Bahru
Johor, MALAYSIA
Tel: (+607) 53 33715 (Dean Office)
Email: fka@utm.my

Tahniah Ir Dr Libriati Zardasti

By Administrator

26/06/2025

Skudai, 25 Jun 2025 – Seluruh warga Fakulti Kejuruteraan Awam (FKA), Universiti Teknologi Malaysia (UTM)merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Ir. Dr. Libriati Binti Zardasti atas penganugerahan Jurutera Profesional (Ir.) oleh Lembaga Jurutera Malaysia (BEM).

Penganugerahan ini berkuat kuasa mulai 23 April 2025 dan merupakan satu pengiktirafan profesional yang amat bermakna dalam kerjaya kejuruteraan di Malaysia. Gelaran “Ir.” bukan sahaja mencerminkan kelayakan teknikal yang tinggi, malah mengiktiraf sumbangan besar beliau dalam bidang akademik dan penyelidikan kejuruteraan awam.

FKA UTM amat berbangga dengan pencapaian ini dan berharap ia menjadi pemangkin semangat kepada seluruh warga fakulti, khususnya para pensyarah dan penyelidik, untuk terus melakar kecemerlangan serta memberi impak positif kepada masyarakat dan negara.

Untuk maklumat lanjut mengenai aktiviti dan pencapaian fakulti, sila layari: 🌐 https://civil.utm.my

Sekali lagi, tahniah diucapkan kepada Ir. Dr. Libriati. Semoga terus maju jaya dalam setiap langkah!

Share This Article

Related Posts

SELAMAT DATANG CIK NURIN ASYIKA

SELAMAT DATANG CIK NURIN ASYIKA

Selamat Datang Cik Nurin Asyika binti Abd. Jalel ke Fakulti Kejuruteraan Awam, UTM Fakulti Kejuruteraan Awam (FKA), Universiti Teknologi Malaysia mengalu-alukan kehadiran Cik Nurin Asyika binti Abd. Jalel yang telah melapor diri sebagai Pegawai Tadbir N10 pada 1 Julai...