Navigation

Contact Us

FACULTY OF CIVIL ENGINEERING

Universiti Teknologi Malaysia
81310 Johor Bahru
Johor, MALAYSIA

MANAGEMENT / ADMIN OFFICE:
Dean Office: (+607) 53 33715
Admin / HR: (+607) 53 33581
Email: fka@utm.my

RESEARCH:
Office: (+607) 53 33581
Email: td_pipa_fka@utm.my

ACADEMIC OFFICE:
POSTGRADUATE
Tel: (+067) 53 33937
Email: fka-pg@utm.my
UNDERGRADUATE
Tel: (+607) 53 33662
Email: fka-ug@utm.my

Syarahan Perdana Profesor Siri ke-121 – Prof. Ir. Ts. Dr. Mohd Fadhil Md Din
๏Šฝ

By Administrator

๏ณ

17/10/2025

๏‰บ

JOHOR BAHRU, 15 Oktober 2025 โ€“ Fakulti Kejuruteraan Awam (FKA), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) terus mengukuhkan peranannya dalam menyokong agenda kelestarian dan pembangunan mampan melalui penganjuran Syarahan Perdana Profesor Siri ke-121 yang diadakan di Dewan Senat Ainuddin Wahid, UTM Johor Bahru.

Program ilmiah berprestij itu menampilkan Prof. Ir. Ts. Dr. Mohd Fadhil Md Din, Pengarah Pusat Pelestarian Kampus UTM merangkap ahli akademik FKA, yang menyampaikan syarahan bertajuk โ€œKelestarian dalam Pembangunan Kejuruteraanโ€.

Menurut beliau, inisiatif tersebut bertujuan memperkukuh kefahaman masyarakat serta rakan strategik terhadap keperluan penerapan elemen kelestarian dalam bidang kejuruteraan dan dasar kerajaan.

โ€œSyarahan ini menjadi wadah penting bagi membina kefahaman dan kesedaran tentang bagaimana proses kejuruteraan memerlukan intervensi dalam bidang kelestarian, sekali gus menyokong dasar-dasar negara,โ€ jelas beliau.

Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Iskandar, Datuk Haji Pandak bin Haji Ahmad, yang menyatakan sokongan terhadap usaha UTM dan FKA dalam memperkukuh kesedaran kelestarian di peringkat komuniti.

โ€œPendekatan ini seiring dengan usaha kami di Kota Iskandar untuk menerapkan konsep low carbon dan menjadikan Kampung Sungai Melayu sebagai kampung lestari,โ€ katanya.

Syarahan tersebut turut diserikan dengan kehadiran Prof. Ts. Dr. Mohd Rosli Hainin, Dekan FKA dan Prof. Ts. Dr. Juhana Jaafar, Pengarah Pusat Penyelidikan Teknologi Membran Maju (AMTEC).

Program yang diakhiri dengan pelancaran buku Citizen Science itu mencerminkan komitmen berterusan FKA UTM dalam memperkukuh budaya ilmu, memperluas perkongsian kepakaran, serta memperjuangkan inovasi teknologi hijau ke arah masa depan yang lebih mampan.

Share This Article

Related Posts

๐Š๐š๐ซ๐ง๐ข๐ฏ๐š๐ฅ ๐‰๐จ๐ฆ ๐Œ๐š๐ฌ๐ฎ๐ค ๐”๐ง๐ข๐ฏ๐ž๐ซ๐ฌ๐ข๐ญ๐ข ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” (๐‰๐Œ๐” ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”) ๐™๐จ๐ง ๐’๐ž๐ฅ๐š๐ญ๐š๐ง

๐Š๐š๐ซ๐ง๐ข๐ฏ๐š๐ฅ ๐‰๐จ๐ฆ ๐Œ๐š๐ฌ๐ฎ๐ค ๐”๐ง๐ข๐ฏ๐ž๐ซ๐ฌ๐ข๐ญ๐ข ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” (๐‰๐Œ๐” ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”) ๐™๐จ๐ง ๐’๐ž๐ฅ๐š๐ญ๐š๐ง

๐Š๐š๐ซ๐ง๐ข๐ฏ๐š๐ฅ ๐‰๐จ๐ฆ ๐Œ๐š๐ฌ๐ฎ๐ค ๐”๐ง๐ข๐ฏ๐ž๐ซ๐ฌ๐ข๐ญ๐ข ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” (๐‰๐Œ๐” ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”) ๐™๐จ๐ง ๐’๐ž๐ฅ๐š๐ญ๐š๐ง Masih mencari hala tuju selepas SPM, STPM, Matrikulasi serta Diploma dan setaraf ? Inilah masanya untuk anda meneroka peluang dan merancang masa depan dengan lebih jelas.Jom hadir ke Karnival Jom Masuk...

KERJAYA IMPIAN ANDA BERMULA DI SINI!

KERJAYA IMPIAN ANDA BERMULA DI SINI!

Perhatian kepada semua mahasiswa dan pencari kerja! UTM Premium Career Festival (UTM PEARL 2026) kembali lagi dengan peluang yang lebih besar dan syarikat yang lebih berprestij! Sama ada anda sedang mencari tempat latihan industri (internship) atau peluang pekerjaan...

UTM Open Day