Navigation

Contact Us

Faculty of Civil Engineering

Universiti Teknologi Malaysia
81310 Johor Bahru
Johor, MALAYSIA
Tel: (+607) 53 33715 (Dean Office)
Email: fka@utm.my

Survey Camp 2025

By Administrator

28/07/2025

Seramai 155 Pelajar UTM Sertai ‘Survey Camp 2025’ di Mersing
MERSING, 28 Julai 2025 – Seramai 155 orang pelajar dari Fakulti Kejuruteraan Awam Universiti Teknologi Malaysia (UTM), termasuk pelajar antarabangsa, telah memulakan Program ‘Survey Camp 2025’ di Mersing, Johor. Kem ini, yang berlangsung dari 28 Julai hingga 11 Ogos 2025, merupakan sesi pertama bagi tahun ini. Program ini bertujuan untuk memberikan pendedahan praktikal kepada para pelajar dalam bidang ukur tanah dan kejuruteraan awam di lapangan. Selain itu, ia juga menjadi platform untuk menguji kemahiran kerja berpasukan, penyelesaian masalah, serta mengukuhkan pemahaman teori yang telah dipelajari di dalam bilik kuliah. Turut serta dalam program ini adalah seramai 10 orang staf pengiring dan pensyarah yang akan memantau dan membimbing para pelajar sepanjang tempoh kem. Kehadiran staf dan pensyarah ini penting bagi memastikan setiap tugasan yang diberikan dapat disiapkan dengan sempurna dan mengikut piawaian yang ditetapkan. Pihak UTM berharap agar semua pelajar dapat memanfaatkan peluang ini sebaik mungkin, menyiapkan semua tugasan yang diberikan dengan jayanya, dan kembali ke kampus UTM dengan selamat setelah tamatnya program. Program ‘Survey Camp’ ini dijangka akan memberikan pengalaman berharga dan membentuk jurutera awam yang lebih kompeten dan bersedia menghadapi cabaran industri sebenar.

155 UTM Students Participate in ‘Survey Camp 2025’ in Mersing
MERSING, July 28, 2025 – A total of 155 students from Universiti Teknologi Malaysia’s (UTM) Faculty of Civil Engineering, including international students, have commenced the ‘Survey Camp 2025’ Program in Mersing, Johor. The camp, which runs from July 28 to August 11, 2025, marks the first session for this year. The program aims to provide students with practical exposure to land surveying and civil engineering in the field. Additionally, it serves as a platform to test teamwork skills, problem-solving abilities, and reinforce the theoretical understanding gained in the classroom. Also participating in the program are 10 accompanying staff and lecturers who will monitor and guide the students throughout the camp. The presence of staff and lecturers is crucial to ensure that every task is completed perfectly and meets the set standards. UTM hopes that all students will make the most of this opportunity, successfully complete all assigned tasks, and return to the UTM campus safely after the program concludes. The ‘Survey Camp’ program is expected to provide valuable experience and produce civil engineers who are more competent and ready to face the challenges of the real industry.

Juga boleh di dapati di Facebook FKA
dan video

Share This Article

Related Posts

JOM KE FESTIVAL IDEA @JOHOR (FIJ) 2025

JOM KE FESTIVAL IDEA @JOHOR (FIJ) 2025

🌟 JOM KE FESTIVAL IDEA @JOHOR (FIJ) 2025! 🌟 📣 UTM dengan sukacitanya menjemput anda sekeluarga ke Festival Idea @Johor (FIJ) 2025 — sebuah festival ilmu, inovasi dan komuniti bertemakan: 🎯 “Komuniti Bestari, Masa Depan Lestari” Majlis perasmian akan disempurnakan...