Navigation

Contact Us

FACULTY OF CIVIL ENGINEERING

Universiti Teknologi Malaysia
81310 Johor Bahru
Johor, MALAYSIA

MANAGEMENT / ADMIN OFFICE:
Dean Office: (+607) 53 33715
Admin / HR: (+607) 53 33581
Email: fka@utm.my

RESEARCH:
Office: (+607) 53 33581
Email: td_pipa_fka@utm.my

ACADEMIC OFFICE:
POSTGRADUATE
Tel: (+067) 53 33937
Email: fka-pg@utm.my
UNDERGRADUATE
Tel: (+607) 53 33662
Email: fka-ug@utm.my

Sekalung Budi Sejambak Kasih – Dr. Shaiful Amri

By Administrator

22/10/2025

JOHOR BAHRU, 22 November 2025 – Fakulti Kejuruteraan Awam (FKA), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Dr. Shaiful Amri bin Mansur atas jasa serta sumbangan beliau sepanjang tempoh perkhidmatan sebagai Pensyarah Universiti (DS13), Jabatan Struktur dan Bahan FKA.

Dr. Shaiful Amri dikenali sebagai seorang pendidik yang berdedikasi dan berdisiplin tinggi dalam menyampaikan ilmu kepada pelajar serta membimbing warga akademik muda di fakulti. Sepanjang tempoh perkhidmatannya, beliau telah banyak menyumbang dalam bidang kejuruteraan struktur dan bahan, serta memainkan peranan penting dalam memperkukuh reputasi akademik FKA di peringkat universiti dan industri.

Sumbangan beliau tidak hanya terhad kepada bilik kuliah, malah turut dizahirkan melalui penglibatan aktif dalam aktiviti penyelidikan, pembangunan akademik, serta pelaksanaan program yang memupuk kecemerlangan warga fakulti.

Pengurusan dan seluruh warga Fakulti Kejuruteraan Awam merakamkan penghargaan atas segala jasa dan bakti yang telah dicurahkan. Semangat, dedikasi dan keperibadian beliau akan sentiasa menjadi inspirasi kepada rakan sekerja serta pelajar-pelajar yang pernah dibimbingnya.

“Air jernih mengalir di kali, membasuh pasir di tepi taman.
Budi tuan tinggi sekali, akan dikenang sepanjang zaman.”

FKA UTM mendoakan agar Dr. Shaiful Amri bin Mansur dikurniakan kesihatan, kebahagiaan dan kejayaan dalam meneruskan perjalanan hidup selepas bersara.
Selamat bersara dan terima kasih atas segala sumbangan yang tidak ternilai. 🌿

Share This Article

Related Posts

Tahniah Prof. Ts. Dr. Abd Latif Saleh

Tahniah Prof. Ts. Dr. Abd Latif Saleh

𝐓𝐚𝐡𝐧𝐢𝐚𝐡 𝐚𝐭𝐚𝐬 𝐩𝐞𝐥𝐚𝐧𝐭𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐬𝐞𝐛𝐚𝐠𝐚𝐢 𝐀𝐡𝐥𝐢 𝐋𝐞𝐦𝐛𝐚𝐠𝐚 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐚𝐫𝐚𝐡 𝐔𝐧𝐢𝐯𝐞𝐫𝐬𝐢𝐭𝐢 𝐓𝐞𝐤𝐧𝐨𝐥𝐨𝐠𝐢 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 (𝐔𝐓𝐌) Seluruh warga FKA mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada YBrs. Prof. Ts. Dr. Abd Latif Saleh atas pelantikan sebagai Ahli Lembaga Pengarah Universiti Teknologi Malaysia....

Salam Aidilfitri 1447H / 2026

Salam Aidilfitri 1447H / 2026

Salam Aidilfitri 1447H / 2026 Daripada Seluruh Warga & Pengurusan Fakulti Kejuruteraan Awam (FKA) Di bulan Syawal yang mulia ini,kami seluruh warga FKA dengan penuh rasa syukurmengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitrikepada semua alumni, rakan strategik, serta...