Navigation

Contact Us

FACULTY OF CIVIL ENGINEERING

Universiti Teknologi Malaysia
81310 Johor Bahru
Johor, MALAYSIA

MANAGEMENT / ADMIN OFFICE:
Dean Office: (+607) 53 33715
Admin / HR: (+607) 53 33581
Email: fka@utm.my

RESEARCH:
Office: (+607) 53 33581
Email: td_pipa_fka@utm.my

ACADEMIC OFFICE:
POSTGRADUATE
Tel: (+067) 53 33937
Email: fka-pg@utm.my
UNDERGRADUATE
Tel: (+607) 53 33662
Email: fka-ug@utm.my

Sambutan Maulidur Rasul 1447H: Membangun Ummah Madani
๏Šฝ

By Administrator

๏ณ

05/09/2025

๏‰บ

Fakulti Kejuruteraan Awam (FKA), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) mengucapkan Salam Maulidur Rasul 1447 Hijrah kepada seluruh warga kampus dan masyarakat Islam. Sambutan Maulidur Rasul pada tahun ini mengangkat tema โ€œMembangun Ummah Madaniโ€, yang menekankan keperibadian unggul, perpaduan serta kesejahteraan dalam membina sebuah masyarakat yang harmoni, berakhlak dan berdaya maju.

Maulidur Rasul bukan sekadar memperingati kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW, tetapi juga menjadi wadah untuk meneladani ajaran Baginda dalam kehidupan seharian. Nilai kasih sayang, amanah, keadilan, dan ihsan yang ditonjolkan Rasulullah SAW sewajarnya menjadi asas pembentukan ummah madani, selari dengan tuntutan semasa.

Pengurusan dan seluruh warga FKA berharap agar sambutan ini dapat memperkukuh semangat ukhuwah, mempertingkat kefahaman agama serta membimbing kita untuk terus mencontohi akhlak Rasulullah SAW dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai khalifah di muka bumi.

โœจ Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1447H
Daripada Pengurusan & Warga Fakulti Kejuruteraan Awam, UTM.

Share This Article

Related Posts

๐Š๐š๐ซ๐ง๐ข๐ฏ๐š๐ฅ ๐‰๐จ๐ฆ ๐Œ๐š๐ฌ๐ฎ๐ค ๐”๐ง๐ข๐ฏ๐ž๐ซ๐ฌ๐ข๐ญ๐ข ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” (๐‰๐Œ๐” ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”) ๐™๐จ๐ง ๐’๐ž๐ฅ๐š๐ญ๐š๐ง

๐Š๐š๐ซ๐ง๐ข๐ฏ๐š๐ฅ ๐‰๐จ๐ฆ ๐Œ๐š๐ฌ๐ฎ๐ค ๐”๐ง๐ข๐ฏ๐ž๐ซ๐ฌ๐ข๐ญ๐ข ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” (๐‰๐Œ๐” ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”) ๐™๐จ๐ง ๐’๐ž๐ฅ๐š๐ญ๐š๐ง

๐Š๐š๐ซ๐ง๐ข๐ฏ๐š๐ฅ ๐‰๐จ๐ฆ ๐Œ๐š๐ฌ๐ฎ๐ค ๐”๐ง๐ข๐ฏ๐ž๐ซ๐ฌ๐ข๐ญ๐ข ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” (๐‰๐Œ๐” ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”) ๐™๐จ๐ง ๐’๐ž๐ฅ๐š๐ญ๐š๐ง Masih mencari hala tuju selepas SPM, STPM, Matrikulasi serta Diploma dan setaraf ? Inilah masanya untuk anda meneroka peluang dan merancang masa depan dengan lebih jelas.Jom hadir ke Karnival Jom Masuk...

KERJAYA IMPIAN ANDA BERMULA DI SINI!

KERJAYA IMPIAN ANDA BERMULA DI SINI!

Perhatian kepada semua mahasiswa dan pencari kerja! UTM Premium Career Festival (UTM PEARL 2026) kembali lagi dengan peluang yang lebih besar dan syarikat yang lebih berprestij! Sama ada anda sedang mencari tempat latihan industri (internship) atau peluang pekerjaan...

UTM Open Day