
PROGRAM JERAYAWARA – INTERAKSI INTEGRITI BERSAMA FAKULTI KEJURUTERAAN AWAM
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
Sukacita dimaklumkan bahawa Unit Integriti, Pejabat Penasihat Undang-Undang akan menganjurkan Program Jerayawara – Interaksi Integriti. Sehubungan dengan itu, semua staf Fakulti Kejuruteraan Awam (FKA) adalah diundang menghadiri program seperti maklumat di bawah:
KOMPETENSI: STRATEGIK UNIVERSITI
Tajuk : PROGRAM JERAYAWARA – INTERAKSI INTEGRITI BERSAMA FAKULTI KEJURUTERAAN AWAM
Tarikh : 7 Mei 2025, Rabu
Masa : 10:00 pagi – 12:00 tengahari
Lokasi : PBL 1, Blok M46, Fakulti Kejuruteraan Awam
Mata CPD ada disediakan untuk staf
Penceramah:
Puan Shafikah binti Sujali
Penolong Pendaftar
Unit Integriti
UTM Johor Bahru
Certified Integrity Officer (CelO)
Kehadiran YBrs. Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan/Cik sangat dihargai dan didahulukan dengan ucapan ribuan terima kasih.

![[TAHNIAH] PELAJAR FKA TERPILIH SERTAI MISI SUKARELAWAN SISWA YSS KE VIETNAM 2026](https://civil.utm.my/wp-content/uploads/2026/07/WhatsApp-Image-2026-07-28-at-10.18.44-400x250.jpeg)

