Navigation

Contact Us

FACULTY OF CIVIL ENGINEERING

Universiti Teknologi Malaysia
81310 Johor Bahru
Johor, MALAYSIA

MANAGEMENT / ADMIN OFFICE:
Dean Office: (+607) 53 33715
Admin / HR: (+607) 53 33581
Email: fka@utm.my

RESEARCH:
Office: (+607) 53 33581
Email: td_pipa_fka@utm.my

ACADEMIC OFFICE:
POSTGRADUATE
Tel: (+067) 53 33937
Email: fka-pg@utm.my
UNDERGRADUATE
Tel: (+607) 53 33662
Email: fka-ug@utm.my

Pertandingan Bowling Kelab Keluarga FKA Meriah & Penuh Semangat Kekeluargaan

By Administrator

02/03/2026

JOHOR BAHRU, 13 Februari 2026 – Pertandingan Bowling Kelab Keluarga Fakulti Kejuruteraan Awam (FKA) telah berlangsung dengan penuh keceriaan dan semangat kekeluargaan di Plaza Angsana.

Program yang menghimpunkan staf akademik dan pentadbiran ini berjaya mewujudkan suasana santai namun kompetitif, sekali gus mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan warga fakulti. Gelak tawa, sorakan semangat dan aksi balingan terbaik mewarnai keseluruhan acara.

Majlis dimulakan dengan sesi pendaftaran peserta sebelum pertandingan berlangsung mengikut kategori yang ditetapkan. Setiap peserta menunjukkan komitmen dan semangat kesukanan yang tinggi sepanjang pertandingan.

👏 Tahniah diucapkan kepada semua pemenang yang telah mempamerkan prestasi cemerlang.
🙏 Setinggi-tinggi penghargaan juga dirakamkan kepada semua staf yang mengambil bahagian kerana tanpa penyertaan dan sokongan padu warga fakulti, kemeriahan ini tidak mungkin dapat direalisasikan.

Pertandingan ini bukan sekadar tentang menjatuhkan pin, tetapi menjadi platform memperkukuhkan ukhuwah, merapatkan jurang antara warga kerja, serta menyemarakkan semangat kebersamaan dalam suasana yang lebih santai dan harmoni.

Diharapkan program seumpama ini akan terus dianjurkan pada masa hadapan sebagai salah satu inisiatif memupuk budaya kerja yang positif dan seimbang di Fakulti Kejuruteraan Awam.

Sekian.

Share This Article

Related Posts

KERJAYA IMPIAN ANDA BERMULA DI SINI!

KERJAYA IMPIAN ANDA BERMULA DI SINI!

Perhatian kepada semua mahasiswa dan pencari kerja! UTM Premium Career Festival (UTM PEARL 2026) kembali lagi dengan peluang yang lebih besar dan syarikat yang lebih berprestij! Sama ada anda sedang mencari tempat latihan industri (internship) atau peluang pekerjaan...

Festival Kerjaya Premium UTM (UTMPearl) 2026

Festival Kerjaya Premium UTM (UTMPearl) 2026

Pusat Kerjaya UTM (UTMCC) akan menganjurkan Festival Kerjaya Premium UTM (UTMPearl) 2026. Sebanyak 7️⃣3️⃣syarikat dari dalam dan luar negara, yang kebanyakannya merupakan syarikat multinasional (MNC), akan menyertai program ini. Selain menawarkan peluang pekerjaan dan...

UTM Open Day