PEMAKLUMAN BERKAITAN PENDAFTARAN KURSUS SEMESTER II, SESI 2025/2026 BAGI PROGRAM SARJANA MUDA SEPENUH MASA
Merujuk kepada Jadual Kerja Pendaftaran Kursus yang pernah dikongsikan sebelum ini, Pendaftaran Kursus Semester II, Sesi 2025/2026 bagi Program Sarjana Muda Sepenuh Masa akan berlangsung dalam tempoh berikut:
Permohonan Pelajar: 5 – 16 Januari 2026
Semakan Penasihat Akademik : 5 – 23 Januari 2026
Sehubungan dengan itu, berikut dikongsikan poster dan beberapa maklumat tambahan penting untuk perhatian bersama:
1) Proses kelulusan [ PERKARA BAHARU ]
• Seperti proses kerja semasa Pendaftaran Kursus Semester Pendek, 2024/2025 yang lepas, semua pendaftaran kursus pelajar akan DILULUSKAN setelah pelajar menekan butang “SUBMIT”
• Penasihat Akademik (PA) masih perlu membuat SEMAKAN kerana tanggungjawab ke atas pendaftaran kursus pelajar masih di bawah PA
• Sekiranya terdapat keperluan pembetulan pendaftaran, PA perlu menekan butang “DISAPPROVE” pada pendaftaran tersebut dan pelajar boleh “resubmit” selagi dalam tempoh pendaftaran
• Sekiranya tiada sebarang tindakan daripada PA, pendaftaran tersebut akan kekal dengan status DILULUSKAN
2) Pembahagian Giliran Pendaftaran Kursus Mengikut Tahun Pengajian
• Seperti Pendaftaran Kursus Semester II, 2024/2025 yang lepas, pendaftaran kursus adalah mengikut giliran hari bagi melancarkan proses pendaftaran (mohon rujuk poster bagi perincian)
• Penyelarasan semester dan tahun pengajian berdasarkan jumlah pindah kredit bagi Pelajar baharu kemasukan Semester I, 2025/2026 telah selesai dilaksanakan. Justeru, pelajar perlu mendaftar mengikut giliran bagi tahun pengajian terkini mereka selepas penyelarasan.
FAQ: https://liveutm-my.sharepoint.com/:b:/g/personal/norqamariah_live_utm_my/IQDVKgZQmBnLRr9iBEzS2aixAVj3RPzzrQYXSd3G7i_xeuc?e=iFcFix
Manual pengguna: https://amd.utm.my/course-registration/
Sehubungan itu, mohon jasa baik fakulti bagi membuat hebahan kepada pelajar dan Penasihat Akademik berkaitan pendaftaran kursus ini.
Semoga dengan komitmen dan kerjasama daripada semua pihak akan melancarkan proses pendaftaran kursus ini.
Terima kasih.
Bahagian Pengurusan Akademik (AMD)
Jabatan Pendaftar
31 Disember 2025


