Navigation

Contact Us

FACULTY OF CIVIL ENGINEERING

Universiti Teknologi Malaysia
81310 Johor Bahru
Johor, MALAYSIA

MANAGEMENT / ADMIN OFFICE:
Dean Office: (+607) 53 33715
Admin / HR: (+607) 53 33581
Email: fka@utm.my

RESEARCH:
Office: (+607) 53 33581
Email: td_pipa_fka@utm.my

ACADEMIC OFFICE:
POSTGRADUATE
Tel: (+067) 53 33937
Email: fka-pg@utm.my
UNDERGRADUATE
Tel: (+607) 53 33662
Email: fka-ug@utm.my

Pelajar Pascasiswazah FKA Raih Anugerah di ACTT2025

By Administrator

12/09/2025


Fakulti Kejuruteraan Awam (FKA), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) berbangga dengan pencapaian dua orang pelajar pascasiswazah Geoteknik yang telah berjaya meraih pengiktirafan di Asian Conference on Tunnelling and Trenchless Technology (ACTT2025) yang berlangsung di KLCC Convention Centre.

Dalam persidangan berprestij tersebut, Asad Naseem telah dinobatkan sebagai pemenang tempat pertama, manakala Amber Islam turut mengharumkan nama fakulti apabila berjaya meraih tempat ketiga bagi kategori Young Engineer Award.


Kedua-dua pemenang bersama penerima anugerah lain dalam sesi penyampaian hadiah Young Engineer Award di ACTT2025, KLCC Convention Centre.

ACTT2025 merupakan platform antarabangsa yang menghimpunkan para pakar, penyelidik dan jurutera dari seluruh rantau Asia bagi membincangkan perkembangan, teknologi serta inovasi terkini dalam bidang pembinaan terowong dan teknologi tanpa korekan (trenchless). Persidangan ini dianjurkan oleh Tunnelling and Underground Space Technical Division (TUSTD), The Institution of Engineers Malaysia (IEM).

Pihak pengurusan serta seluruh warga FKA merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan kepada kedua-dua pelajar atas pencapaian yang membanggakan ini. Kejayaan mereka bukan sahaja menyerlahkan keupayaan pelajar FKA dalam bidang kejuruteraan geoteknik, malah turut memperkukuhkan reputasi fakulti sebagai peneraju dalam bidang pendidikan, penyelidikan dan inovasi kejuruteraan awam di peringkat antarabangsa.

Share This Article

Related Posts

Festival Kerjaya Premium UTM (UTMPearl) 2026

Festival Kerjaya Premium UTM (UTMPearl) 2026

Pusat Kerjaya UTM (UTMCC) akan menganjurkan Festival Kerjaya Premium UTM (UTMPearl) 2026. Sebanyak 7️⃣3️⃣syarikat dari dalam dan luar negara, yang kebanyakannya merupakan syarikat multinasional (MNC), akan menyertai program ini. Selain menawarkan peluang pekerjaan dan...

Tahniah Prof. Ts. Dr. Abd Latif Saleh

Tahniah Prof. Ts. Dr. Abd Latif Saleh

𝐓𝐚𝐡𝐧𝐢𝐚𝐡 𝐚𝐭𝐚𝐬 𝐩𝐞𝐥𝐚𝐧𝐭𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐬𝐞𝐛𝐚𝐠𝐚𝐢 𝐀𝐡𝐥𝐢 𝐋𝐞𝐦𝐛𝐚𝐠𝐚 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐚𝐫𝐚𝐡 𝐔𝐧𝐢𝐯𝐞𝐫𝐬𝐢𝐭𝐢 𝐓𝐞𝐤𝐧𝐨𝐥𝐨𝐠𝐢 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 (𝐔𝐓𝐌) Seluruh warga FKA mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada YBrs. Prof. Ts. Dr. Abd Latif Saleh atas pelantikan sebagai Ahli Lembaga Pengarah Universiti Teknologi Malaysia....

UTM Open Day