Navigation

Contact Us

FACULTY OF CIVIL ENGINEERING

Universiti Teknologi Malaysia
81310 Johor Bahru
Johor, MALAYSIA

MANAGEMENT / ADMIN OFFICE:
Dean Office: (+607) 53 33715
Admin / HR: (+607) 53 33581
Email: fka@utm.my

RESEARCH:
Office: (+607) 53 33581
Email: td_pipa_fka@utm.my

ACADEMIC OFFICE:
POSTGRADUATE
Tel: (+067) 53 33937
Email: fka-pg@utm.my
UNDERGRADUATE
Tel: (+607) 53 33662
Email: fka-ug@utm.my

Lawatan Penyelidikan FKA UTM Tinjau Potensi Kenaf dalam Teknologi Pembinaan Mampan
๏Šฝ

By Administrator

๏ณ

13/07/2025

๏‰บ

Hulu Terengganu & Kelantan, 9โ€“10 Julai 2025 โ€“ Sekumpulan penyelidik dari Fakulti Kejuruteraan Awam (FKA), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah mengadakan lawatan kerja ke Hulu Terengganu dan Kelantan bagi meneroka potensi industri berasaskan kenaf serta aplikasi teknologi pembinaan mampan.

Sepanjang lawatan, para penyelidik telah melawat ladang tanaman kenaf serta rumah contoh yang dibina menggunakan konkrit berasaskan kenaf. Lawatan ini turut disertai oleh pegawai dari Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN), yang memberikan penerangan menyeluruh mengenai keupayaan bahan kenaf sebagai alternatif lestari dalam industri pembinaan.

Selain itu, kunjungan ke syarikat VCI IBS Sdn. Bhd. di Tumpat, Kelantan turut memberi peluang kepada penyelidik untuk melihat sendiri proses penghasilan komponen Sistem Binaan Berindustri (IBS) yang menggunakan bahan berasaskan kenaf.

Fakulti Kejuruteraan Awam diwakili oleh PM Ir. Dr. Mariyana Aida Ab. Kadir, Ir. Dr. Thong Jia Wen, dan Ir. Ts. Dr. Mohd Hilmy Naim bin Mohd Yakin. Lawatan ini membuka ruang kerjasama strategik dalam penyelidikan dan pengkomersialan produk kenaf, selaras dengan agenda pembinaan hijau negara serta komitmen UTM dalam mendukung kelestarian alam sekitar melalui inovasi kejuruteraan.

Share This Article

Related Posts

๐Š๐š๐ซ๐ง๐ข๐ฏ๐š๐ฅ ๐‰๐จ๐ฆ ๐Œ๐š๐ฌ๐ฎ๐ค ๐”๐ง๐ข๐ฏ๐ž๐ซ๐ฌ๐ข๐ญ๐ข ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” (๐‰๐Œ๐” ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”) ๐™๐จ๐ง ๐’๐ž๐ฅ๐š๐ญ๐š๐ง

๐Š๐š๐ซ๐ง๐ข๐ฏ๐š๐ฅ ๐‰๐จ๐ฆ ๐Œ๐š๐ฌ๐ฎ๐ค ๐”๐ง๐ข๐ฏ๐ž๐ซ๐ฌ๐ข๐ญ๐ข ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” (๐‰๐Œ๐” ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”) ๐™๐จ๐ง ๐’๐ž๐ฅ๐š๐ญ๐š๐ง

๐Š๐š๐ซ๐ง๐ข๐ฏ๐š๐ฅ ๐‰๐จ๐ฆ ๐Œ๐š๐ฌ๐ฎ๐ค ๐”๐ง๐ข๐ฏ๐ž๐ซ๐ฌ๐ข๐ญ๐ข ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” (๐‰๐Œ๐” ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”) ๐™๐จ๐ง ๐’๐ž๐ฅ๐š๐ญ๐š๐ง Masih mencari hala tuju selepas SPM, STPM, Matrikulasi serta Diploma dan setaraf ? Inilah masanya untuk anda meneroka peluang dan merancang masa depan dengan lebih jelas.Jom hadir ke Karnival Jom Masuk...

KERJAYA IMPIAN ANDA BERMULA DI SINI!

KERJAYA IMPIAN ANDA BERMULA DI SINI!

Perhatian kepada semua mahasiswa dan pencari kerja! UTM Premium Career Festival (UTM PEARL 2026) kembali lagi dengan peluang yang lebih besar dan syarikat yang lebih berprestij! Sama ada anda sedang mencari tempat latihan industri (internship) atau peluang pekerjaan...

UTM Open Day