GARIS PANDUAN
FAKULTI KEJURUTERAAN AWAM
Garis Panduan Penempahan Poster Anugerah / Pencapaian
Bagi memastikan poster ucapan tahniah dapat direka dengan tepat dan kemas, sila sediakan butiran-butiran berikut semasa membuat penempahan:
- Senarai Nama Penuh & Gelaran: Berikan nama penuh semua penerima berserta gelaran akademik atau profesional yang betul (contoh: “ASSOC. PROF. DR.” atau “PROF. DR.”). Sila nyatakan juga peranan ketua kumpulan sekiranya ada, contohnya diletakkan label “(LEADER)” bersebelahan nama.
- Nama Jabatan / Fakulti: Nyatakan nama jabatan, fakulti, atau pusat pengajian yang terlibat, contohnya “(Department of Geotechnics and Transportation)”.
- Tahap / Jenis Anugerah: Nyatakan pencapaian, tahap anugerah, atau warna pingat yang dimenangi, contohnya “BRONZE AWARD”.
- Tajuk Projek: Berikan tajuk penuh projek penyelidikan atau inovasi yang didaftarkan secara rasmi. Contohnya, “DMD FlowVue : CFD-Driven Interactive Visualisation Aqueous Humour Flow in Descemet Membrance Detachment”.
- Nama Pertandingan / Acara: Berikan nama rasmi acara atau pertandingan di mana anugerah tersebut dimenangi, contohnya “MJIX INTERNATIONAL RESEARCH AND INNOVATION COMPETITION 2026”.
- Tarikh: Berikan tarikh rasmi kemenangan atau acara berlangsung, contohnya “28 September 2026”.
- Gambar Penerima: Sediakan gambar formal beresolusi tinggi (separuh badan) bagi setiap penerima yang dinamakan untuk dimasukkan ke dalam rekaan poster. Latar belakang gambar yang kosong atau lutsinar adalah sangat digalakkan.
- Pihak yang Mengucapkan Tahniah: Nyatakan daripada organisasi atau kumpulan mana ucapan ini ditujukan, contohnya “From the Management Team and Staff Faculty of Civil Engineering”.
Logo & Identiti Korporat (Jika berkenaan): Maklumkan sekiranya terdapat keperluan untuk meletakkan logo khusus universiti, cogan kata seperti “Innovating Sustainable Solutions”, atau platform media sosial rasmi jabatan di bahagian bawah poster.

Garis Panduan Penempahan Poster Lantikan (Fakulti Kejuruteraan Awam)
Untuk memudahkan proses rekaan poster, pemohon atau pihak sumber manusia perlu menyediakan butiran lengkap seperti berikut:
-
Teks Pengirim / Ucapan: Pastikan teks standard disertakan, iaitu “Pengurusan dan staf Fakulti Kejuruteraan Awam mengucapkan setinggi-tinggi Tahniah”
. -
Nama Penuh & Gelaran: Berikan nama penuh individu yang dilantik berserta gelaran yang tepat, contohnya “Encik Nor Faizal bin Abdullah”
. -
Jawatan & Gred Lantikan: Nyatakan jawatan baharu dan gred secara spesifik, misalnya atas pelantikan sebagai “Penolong Pegawai Sains (C5)”
. -
Tarikh Kuat Kuasa: Berikan tarikh rasmi lantikan tersebut bermula, contohnya “berkuat kuasa 26 Jun 2026”
. -
Gambar Profil Rasmi: Sediakan gambar rasmi separuh badan (beresolusi tinggi). Subjek digalakkan memakai pakaian korporat UTM yang kemas
. -
Maklumat Hubungan / Footer FKA: Pastikan pautan laman web rasmi “civil.utm.my” dan laman Facebook “fkautm” dibekalkan untuk bahagian bawah (footer) poster
.
Garis Panduan Penempahan Jurugambar Rasmi Fakulti Kejuruteraan Awam (FKA)
Garis panduan ini disediakan bagi memastikan kelancaran proses penempahan jurugambar rasmi, mengoptimumkan tugasan rakaman visual, dan memastikan setiap maklumat acara didokumentasikan dengan tepat untuk tujuan arkib serta hebahan fakulti.
1. Prosedur dan Tempoh Penempahan
-
Permohonan Rasmi: Semua tempahan jurugambar mestilah dibuat secara rasmi melalui pautan https://civil.utm.my/it/tempahan-jurugambar-rasmi/.
-
Tempoh Notis: Permohonan perlu dikemukakan selewat-lewatnya tujuh (7) hari bekerja sebelum tarikh acara berlangsung bagi membolehkan penyusunan jadual tugas jurugambar.
-
Kelulusan: Kelulusan permohonan adalah tertakluk kepada kekosongan jadual jurugambar rasmi pada tarikh dan waktu tersebut.
2. Kewajipan Menyediakan Ringkasan Acara (Write-up) Bagi memastikan kelancaran tugasan dan ketepatan maklumat yang disalurkan, penempah atau penganjur DIWAJIBKAN memberi kerjasama penuh dengan menyediakan satu write-up atau ringkasan acara kepada jurugambar. Maklumat ini perlu diserahkan sekurang-kurangnya tiga (3) hari bekerja sebelum/selepas acara.
Write-up tersebut mesti mengandungi:
-
Nama Penuh Program/Acara: Tajuk rasmi acara yang berlangsung.
-
Objektif Acara: Tujuan ringkas acara diadakan (1-2 ayat).
-
Senarai VIP / Tetamu Kehormat: Nama penuh dan gelaran individu penting (Dekan, Pengarah, Jemputan Luar) yang wajib dirakamkan wajah dan penglibatan mereka.
-
Tentatif Penting (Key Moments): Senaraikan masa spesifik bagi acara kemuncak (contoh: sesi potong reben, pertukaran dokumen MoU, penyampaian hadiah, atau sesi bergambar beramai-ramai).
3. Kerjasama Semasa Acara Berlangsung
-
Lantikan Pegawai Pengiring (PIC): Pihak penganjur perlu melantik seorang PIC di lokasi untuk membantu jurugambar mengenal pasti tetamu VIP dan memberikan isyarat apabila tiba waktu penting (seperti penyampaian anugerah).
-
Ruang Bekerja: Pastikan jurugambar diberikan akses dan sudut pandang (angle) yang jelas dan tidak terhalang semasa acara kemuncak berlangsung.
4. Penyerahan dan Penggunaan Bahan Visual
-
Jurugambar akan menyerahkan gambar-gambar rasmi yang telah disunting dalam tempoh masa yang dipersetujui (biasanya 3-5 hari bekerja selepas acara).
-
Write-up yang dibekalkan oleh penganjur tadi akan diselaraskan bersama gambar-gambar ini untuk memudahkan pihak Hal Ehwal Korporat FKA (HEKFKA) menjana teks hebahan di media sosial rasmi fakulti dan laman web civil.utm.my.
-
Bahan hebahan kelak akan dipadankan dengan penjenamaan FKA: Always Ahead,
#1civilengineeringprograminmalaysia, dan#1programkejuruteraanawamdimalaysia.
Peringatan Penting: Kegagalan pihak penempah mematuhi garis panduan ini, terutamanya dalam pembekalan write-up dan tentatif yang tepat, boleh menyebabkan kelewatan proses serahan gambar atau ketiadaan rakaman momen-momen penting acara.
Garis Panduan Penyediaan Bahan Hebahan Media Sosial & Laman Web FKA
1. Struktur Draf Kapsyen (Wajib disediakan oleh pemohon)
-
Tajuk/Pendahuluan: Ringkas, jelas, dan menarik perhatian (Contoh: “Setinggi-tinggi Tahniah!” atau “Pencapaian Membanggakan FKA!”).
-
Kandungan Utama: Terangkan Siapa (Nama penuh & gelaran), Apa (Jawatan baharu/anugerah/program), dan Bila (Tarikh kuat kuasa/acara).
-
Penutup: Ucapan ringkas atau harapan daripada pihak fakulti/jabatan.
2. Elemen Penjenamaan (Branding) Wajib FKA Setiap hebahan di media sosial mesti menyertakan elemen rasmi fakulti di bahagian akhir kapsyen:
-
Tagline FKA: Always Ahead
-
Pautan Laman Web Rasmi: Maklumat lanjut, layari: civil.utm.my
-
Tanda Pagar (Hashtags) Standard:
-
Wajib FKA: #fkautm #civilutm #AlwaysAhead #1civilengineeringprograminmalaysia #1programkejuruteraanawamdimalaysia
-
Wajib UTM: #universititeknologimalaysia #utmsanjunganbangsa #ascend2030
-
Spesifik (Opsional): #kejayaanFKA, #stafFKA, atau #alumniFKA bergantung kepada jenis hebahan.
-
-
Facebook (Hebahan Komuniti & Hebahan Umum):
-
Laras bahasa yang lebih mesra dan santai.
-
Berikan nama akaun atau pautan profil Facebook individu yang terlibat agar pihak HEKFKA boleh membuat penandaan (tagging).
-
-
LinkedIn (Hebahan Profesional, Industri & Korporat):
-
Gunakan gaya bahasa profesional yang menonjolkan aspek kepakaran, akademik, atau nilai kerjaya.
-
Berikan pautan akaun LinkedIn penerima anugerah/lantikan untuk di-tag bagi memberikan pendedahan dalam rangkaian industri.
-
-
Laman Web FKA (Hebahan Berita / Artikel Arkib):
-
Penerbitan di https://civil.utm.my memerlukan penulisan yang lebih komprehensif.
-
Pemohon perlu menyediakan ringkasan eksekutif (minimum 50-100 patah perkataan) mengenai latar belakang projek, individu, atau pencapaian tersebut untuk dijadikan artikel penuh.
-
4. Prosedur Penyerahan kepada HEKFKA
-
Format Serahan: Kapsyen mesti dihantar dalam bentuk teks (Microsoft Word, Notepad, atau terus melalui mesej/emel) bagi membolehkan semakan ejaan dan fungsi copy-paste oleh admin. Jangan letakkan teks panjang di dalam PDF atau imej.
-
Fail Visual: Hantar poster atau gambar berkaitan dalam resolusi tinggi (format PNG atau JPG).
-
Tempoh Masa (SLA): Serahkan semua bahan lengkap selewat-lewatnya tiga (3) hari bekerja sebelum tarikh hebahan yang disasarkan.
Garis panduan / Polisi penerimaan pelawat bagi menerima pelawat luar ke FKA UTM.