Navigation

Contact Us

Faculty of Civil Engineering

Universiti Teknologi Malaysia
81310 Johor Bahru
Johor, MALAYSIA
Tel: (+607) 53 33715 (Dean Office)
Email: fka@utm.my

CO₂ Mortar Harumkan Nama FKA & UTM di Pentas Akhir Innovathon ASTRO Musim Ke-3

By Administrator

27/01/2026


Fakulti Kejuruteraan Awam (FKA), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dengan penuh rasa bangga mengucapkan tahniah kepada Profesor Madya Dr. Nur Hafizah Binti Abd Khalid dan Profesor Madya Dr. Azman Bin Mohamed, bersama barisan pasukan CO₂ Mortar, atas kejayaan cemerlang melangkah ke Pentasan Akhir Innovathon ASTRO Musim Ke-3.

Program Innovathon merupakan sebuah rancangan realiti televisyen berprestij yang menampilkan inovasi anak tempatan berimpak tinggi, hasil kerjasama ASTRO bersama Kementerian Ekonomi, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Kementerian Pendidikan Malaysia, Kementerian Pengajian Tinggi, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, serta pelbagai agensi kerajaan berkaitan. Program ini bertujuan mengangkat idea inovatif yang mampu menyumbang kepada pembangunan negara dan kesejahteraan masyarakat.

Dalam pertandingan yang mencabar ini, pasukan CO₂ Mortar berjaya meraih kedudukan Tempat Ke-4 (Top 5), sekali gus membawa pulang dana sokongan perniagaan berjumlah RM250,000 serta wang tunai RM10,000. Lebih membanggakan, inovasi ini turut menerima pengiktirafan khas apabila dinobatkan sebagai penerima People’s Choice Award pada minggu ke-6 pertandingan, hasil sokongan dan undian orang ramai.

Pencapaian ini bukan sahaja membuktikan kecemerlangan kepakaran warga FKA dalam bidang penyelidikan dan inovasi, malah mencerminkan komitmen berterusan fakulti dalam menyokong agenda Negara Rendah Karbon dan pembangunan inovasi lestari.

Syabas dan setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada seluruh pasukan CO₂ Mortar. Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin untuk terus melakar pencapaian lebih gemilang serta memberi impak positif kepada masyarakat dan negara pada masa hadapan.

Share This Article

Related Posts