Pasukan FKA UTM Dinobatkan Best of The Best di InNow 2024

By admin

27/12/2024

Pasukan FKA UTM telah melakar sejarah apabila dinobatkan sebagai Best of The Best di Innovation Week (InNow) 2024 yang berlangsung di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) pada 18-20 November 2024.
Pasukan FKA UTM, yang terdiri daripada gabungan pelajar dan pensyarah, telah bersaing dengan penuh semangat bersama 106 pasukan yang lain dari pelbagai kategori yang terdiri dairipada peserta dari seluruh Malaysia termasuk penyertaan peserta antarabangsa.
Pasukan FKA UTM menghantar empat produk inovatif, iaitu RUBBERPLASPHALT: SUSTAINABLE ASPHALT WITH COMBINED CRUMB RUBBER AND PLASTIC ADDITIVES, GRP-NOV ASPHALT 24, Self-Healing Polymer (SHP) for Flexible Pavement dan Bioluminescence Dinoflagellate Lamp.
Produk RUBBERPLASPHALT berjaya merangkul anugerah Best of The Best selain membawa pulang Anugerah Pingat Emas disamping produk GRP-NOV ASPHALT 24 yang juga meraih Anugerah Pingat Emas manakala produk SHP dan produk Bioluminescence Dinoflagellate Lamp tidak pulang dengan tangan kosong dengan masing-masing membawa pulang Anugerah Pingat Perak dan Anugerah Pingat Gangsa.
InNow 2024, yang dianjurkan oleh Fakulti Kejuruteraan Awam dan Alam Bina (FKAAB), UTHM, adalah platform yang menghimpunkan idea-idea inovasi untuk masa depan. Kejayaan ini membuktikan kemampuan UTM untuk terus cemerlang dalam mencipta inovasi yang berimpak tinggi.
Tahniah kepada pasukan FKA UTM atas kejayaan luar biasa ini!
    

Share This Article

Related Posts

Bengkel Pemodelan Kualiti Air FKA

Bengkel Pemodelan Kualiti Air FKA

Fakulti Kejuruteraan Awam telah menganjurkan Bengkel Pemodelan Kualiti Air pada 14 dan 15 Januari 2025, dari pukul 8.30 pagi hingga 5.00 petang, bertempat di Makmal Komputer, M50. Bengkel ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran peserta dalam analisis dan pemodelan...