Navigation

Contact Us

FACULTY OF CIVIL ENGINEERING

Universiti Teknologi Malaysia
81310 Johor Bahru
Johor, MALAYSIA

MANAGEMENT / ADMIN OFFICE:
Dean Office: (+607) 53 33715
Admin / HR: (+607) 53 33581
Email: fka@utm.my

RESEARCH:
Office: (+607) 53 33581
Email: td_pipa_fka@utm.my

ACADEMIC OFFICE:
POSTGRADUATE
Tel: (+067) 53 33937
Email: fka-pg@utm.my
UNDERGRADUATE
Tel: (+607) 53 33662
Email: fka-ug@utm.my

Hazard Identification and Risk Control Course for Staff

By

27/11/2024

Unit Pengurusan Makmal FKA Anjur Kursus Pengenalpastian Hazard dan Kawalan Risiko untuk Staf

JOHOR BAHRU, 27 November 2024 – Unit Pengurusan Makmal, Fakulti Kejuruteraan Awam (FKA) dengan kerjasama Pejabat Persekitaran, Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSHE), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah menganjurkan Kursus Pengenalpastian Hazard, Analisa Kerja Selamat, dan Kawalan Risiko khusus untuk staf pada 25 dan 26 November 2024.

Kursus ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan kemahiran staf dalam mengenal pasti hazard, menganalisis kerja selamat, serta merangka langkah kawalan risiko bagi memastikan keselamatan di tempat kerja.

Hari pertama kursus berlangsung di Fraser Place, Puteri Harbour, Nusajaya, dari pukul 8.30 pagi hingga 5.00 petang. Sementara itu, sesi hari kedua diteruskan di Active Learning, Blok M47, FKA UTM, dengan waktu yang sama.

Kursus ini mendapat sambutan yang amat positif daripada peserta, yang berharap program sebegini diteruskan pada masa hadapan bagi memperkukuh budaya keselamatan kerja.


FKA Laboratory Management Unit Organizes Hazard Identification and Risk Control Course for Staff

JOHOR BAHRU, 27 November 2024 – The Laboratory Management Unit of the Faculty of Civil Engineering (FKA), in collaboration with the Office of Occupational Safety, Health, and Environment (OSHE), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), successfully organized the Hazard Identification, Safe Work Analysis, and Risk Control Course exclusively for staff on November 25 and 26, 2024.

The course aimed to enhance staff awareness and skills in identifying hazards, analyzing safe work practices, and implementing risk control measures to ensure workplace safety.

The first day of the course took place at Fraser Place, Puteri Harbour, Nusajaya, from 8:30 AM to 5:00 PM, while the second day continued at Active Learning, Block M47, FKA UTM, following the same schedule.

The course was well-received by the participants, who expressed hope for more programs like this in the future to further strengthen workplace safety culture.

 

               

                                                

Share This Article

Related Posts

Tahniah Prof. Ts. Dr. Abd Latif Saleh

Tahniah Prof. Ts. Dr. Abd Latif Saleh

𝐓𝐚𝐡𝐧𝐢𝐚𝐡 𝐚𝐭𝐚𝐬 𝐩𝐞𝐥𝐚𝐧𝐭𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐬𝐞𝐛𝐚𝐠𝐚𝐢 𝐀𝐡𝐥𝐢 𝐋𝐞𝐦𝐛𝐚𝐠𝐚 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐚𝐫𝐚𝐡 𝐔𝐧𝐢𝐯𝐞𝐫𝐬𝐢𝐭𝐢 𝐓𝐞𝐤𝐧𝐨𝐥𝐨𝐠𝐢 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 (𝐔𝐓𝐌) Seluruh warga FKA mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada YBrs. Prof. Ts. Dr. Abd Latif Saleh atas pelantikan sebagai Ahli Lembaga Pengarah Universiti Teknologi Malaysia....

Salam Aidilfitri 1447H / 2026

Salam Aidilfitri 1447H / 2026

Salam Aidilfitri 1447H / 2026 Daripada Seluruh Warga & Pengurusan Fakulti Kejuruteraan Awam (FKA) Di bulan Syawal yang mulia ini,kami seluruh warga FKA dengan penuh rasa syukurmengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitrikepada semua alumni, rakan strategik, serta...