Benchmarking Visit to the National University of Singapore (NUS)
Faculty of Civil Engineering, UTM Strengthens International Academic Quality Assurance
On 26 June 2025, the Faculty of Civil Engineering (FKA), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) successfully conducted a focused academic benchmarking visit to the Department of Civil and Environmental Engineering, National University of Singapore (NUS).
As one of the world’s top-ranked engineering institutions, NUS is globally recognised for its strong programmes, impactful research, and robust academic ecosystem—making it an ideal benchmark for continuous curriculum improvement.
The visit was strategically designed to evaluate and compare the programme structure, delivery methods, assessment mechanisms, and outcome-based implementation for both undergraduate (BEng in Civil Engineering) and postgraduate (MSc in Civil Engineering) programmes.
Key areas of focus included programme governance, curriculum mapping, specialisation structure, and alignment of graduate attributes with international standards.
Strategic sharing sessions were led by Assoc. Prof. Dr. Poh Leong Hien, Deputy Head (Graduate and CET Programmes), and Assoc. Prof. Dr. Pang Sze Dai, Deputy Head (Academic), who provided in-depth insights into NUS’s programme design philosophy, pedagogical approaches, and academic evolution.
Departmental discussions were also held on major specialisations such as Structures, Geotechnics, Transportation, and Water & Environmental Engineering, enabling both institutions to exchange best practices and explore future improvements based on evidence-based delivery and industry needs.
This benchmarking initiative reaffirms UTM’s ongoing commitment to programme quality assurance and international comparability.
FKA UTM extends its sincere appreciation to the leadership and academic team of NUS for their hospitality, openness, and shared commitment to academic excellence and regional collaboration.
🔗 Learn more about us at: https://civil.utm.my
Lawatan Penanda Aras ke National University of Singapore (NUS)
Fakulti Kejuruteraan Awam, UTM Kukuhkan Jaminan Kualiti Program Akademik di Peringkat Antarabangsa
Pada 26 Jun 2025, Fakulti Kejuruteraan Awam (FKA), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah berjaya melaksanakan lawatan penanda aras akademik ke Department of Civil and Environmental Engineering, National University of Singapore (NUS). NUS yang merupakan antara institusi kejuruteraan terkemuka dunia diiktiraf secara global kerana kekuatan programnya, penyelidikan berimpak tinggi serta ekosistem akademik yang kukuh—menjadikannya rujukan terbaik bagi usaha penambahbaikan kurikulum berterusan.
Lawatan ini direka khusus untuk menilai dan membandingkan struktur program, kaedah penyampaian, mekanisme penilaian dan pelaksanaan pendekatan berasaskan hasil pembelajaran (OBE) bagi program sarjana muda (Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam) serta pascasiswazah (Sarjana Kejuruteraan Awam).
Tumpuan turut diberikan kepada aspek penting seperti tadbir urus program, pemetaan kurikulum, struktur pengkhususan, dan penyelarasan atribut graduan dengan piawaian antarabangsa.
Sesi perkongsian strategik telah dikendalikan oleh Assoc. Prof. Dr. Poh Leong Hien, Timbalan Ketua (Program Pascasiswazah dan CET) serta Assoc. Prof. Dr. Pang Sze Dai, Timbalan Ketua (Akademik), yang berkongsi secara menyeluruh berkenaan falsafah reka bentuk program, pendekatan pedagogi, dan evolusi kurikulum akademik di NUS.
Perbincangan turut melibatkan bidang pengkhususan utama seperti Struktur, Geoteknik, Pengangkutan serta Kejuruteraan Air dan Alam Sekitar, yang membuka peluang pertukaran amalan terbaik serta eksplorasi penambahbaikan berdasarkan penyampaian berasaskan bukti dan keperluan industri.
Inisiatif penanda aras ini mengukuhkan lagi komitmen UTM dalam memastikan jaminan kualiti program akademik dan kesepadanan antarabangsa.
FKA UTM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada kepimpinan dan warga akademik NUS atas layanan mesra, keterbukaan serta komitmen terhadap kecemerlangan akademik dan kerjasama serantau.
🔗 Ketahui lebih lanjut mengenai kami di: https://civil.utm.my