
Dimaklumkan bahawa sekiranya berlaku kematian pesara kerajaan, waris yang menguruskan jenazah pesara tersebut layak membuat tuntutan Bantuan Mengurus Jenazah (BMJ).
π° Berapakah amaun bantuan?
Amaun bantuan yang disediakan adalah sebanyak RM3,000 bagi setiap kes kematian pesara.
β³ Bilakah permohonan perlu dibuat?
Permohonan hendaklah dikemukakan dalam tempoh 12 bulan dari tarikh kematian pesara.
Permohonan yang lewat daripada tempoh tersebut tidak akan dipertimbangkan.
β Siapakah yang layak membuat tuntutan?
Tuntutan ini hanya bagi kes kematian pesara kerajaan sahaja.
Bantuan ini tidak terpakai bagi kes kematian pasangan pesara yang bukan pesara kerajaan.
π Apakah borang yang perlu digunakan?
Borang permohonan boleh dimuat turun melalui pautan berikut:
π https://pencen.jpa.gov.my/images/borang/JPA.BP.UMUM.BMJ.Pin2025.pdf
π© Ke manakah permohonan perlu dihantar?
Borang yang telah lengkap diisi boleh dikemukakan kepada pihak KWAP melalui:
π§ Emel: mypesara@kwap.gov.my
π Portal Maklum Balas: https://feedbacks.kwap.my/
Permohonan boleh dibuat bagi kes kematian:
-
Pesara Persekutuan
-
Pesara Negeri
-
Pesara Badan Berkanun
-
Pesara Pihak Berkuasa Tempatan



