Navigation

Contact Us

Faculty of Civil Engineering

Universiti Teknologi Malaysia
81310 Johor Bahru
Johor, MALAYSIA
Tel: (+607) 53 33715 (Dean Office)
Email: fka@utm.my

Aroma Ukhuwah: Pesta Makan Durian FKA 2026 Raikan Musim Raja Buah

By Administrator

15/01/2026

JOHOR BAHRU, 14 Januari 2026 – Tradisi tahunan yang dinanti-nantikan kembali lagi! Kelab Keluarga Fakulti Kejuruteraan Awam (KKFKA) telah berjaya menganjurkan Pesta Makan Durian FKA 2026 bertempat di Foyer M46, Pejabat Pentadbiran FKA. Program yang diadakan seawal jam 10.00 pagi ini telah menghimpunkan seluruh warga fakulti untuk menikmati kelazatan durian berkualiti premium dalam suasana yang penuh ceria.

Majlis ini telah dirasmikan oleh Dekan FKA, Prof. Ts. Dr. Mohd Rosli Hainin. Kehadiran beliau bersama pengurusan tertinggi fakulti menyerikan lagi acara yang bertujuan untuk mengeratkan silaturahim sesama staf. Di bawah pimpinan Pengarah Program, Encik Abu Bakar, acara ini berjalan lancar dengan penyelarasan yang rapi.

Pihak penganjur ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua staf yang telah memberikan sumbangan ikhlas bagi menjayakan pesta ini. Sumbangan yang disalurkan melalui akaun rasmi KKFKA mencerminkan semangat kerjasama dan keprihatinan warga fakulti.

Semoga acara santai seperti ini dapat terus mengikat ukhuwah dan memperkukuh semangat kekeluargaan dalam kalangan warga FKA, sekaligus menyuntik semangat baharu dalam menjalankan tugas seharian.


Aroma of Unity: FKA Durian Feast 2026 Celebrates the King of Fruits Season


JOHOR BAHRU, 14 January 2026
– The much-anticipated annual tradition is back! The Faculty of Civil Engineering Staff Club (KKFKA) successfully organized the FKA Durian Feast 2026 at Foyer M46, FKA Administration Office. Starting from 10:00 AM, the event brought together the entire faculty community to enjoy premium quality durians in a vibrant and joyful atmosphere.

The event was officiated by the Dean of FKA, Prof. Ts. Dr. Mohd Rosli Hainin. His presence, along with the faculty’s top management, added significance to the gathering aimed at strengthening ties among staff members. Under the leadership of the Program Director, Encik Abu Bakar, the event proceeded smoothly with excellent coordination.

The organizers wish to express their deepest gratitude and heartfelt thanks to all staff members who contributed generously to ensure the success of this feast. The contributions, channeled through the official KKFKA account, reflect the strong spirit of cooperation and care within the faculty community.

It is hoped that such casual events will continue to foster “ukhuwah” (brotherhood) and reinforce the sense of family among FKA members, subsequently boosting morale for our daily professional endeavors.

Share This Article

Related Posts