
We are pleased to highlight the recent educational and technical visit to Japan by 14 Civil Engineering students and 5 faculty members from the Faculty of Civil Engineering (FKA), Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Running from 24 October to 1 November 2026, the delegation included HHRG faculty members: Dr Noraliani Alias, Assoc Prof Ir Dr Nor Eliza Alias, Dr Aidee Kamal Khamis, Ts. Dr Kogila Vani Annammala, Dr Hazlami Fikri bin Basri, and Ir. Ts. Gs. Ahmad Fakhri Bin Ishak.
The program was anchored by visits to three of Japan’s leading research institutions:
📍 National Research Institute for Earth Science and Disaster Resilience (NIED), Tsukuba – Attended technical lectures and gained firsthand exposure to cutting-edge disaster research and world-class experimental facilities, including the world’s largest rainfall simulator, disaster earthquake monitoring systems, and X-band radar installations.
📍 International Centre for Water Hazard and Risk Management (ICHARM), Tsukuba – Participated in knowledge-sharing on flood risk management, virtual reality (VR) flood disaster experiences, and hydrological modeling.
📍 Disaster Prevention Research Institute (DPRI), Kyoto University – Participated in an academic symposium and engaged in knowledge exchanges concerning natural hazards and disaster mitigation.

The delegation also explored cultural sites with historical and engineering significance, such as Uji city and Kiyomizu-dera in Kyoto—a centuries-old wooden temple known for surviving earthquakes and natural disasters.
This international visit provided our students with experiential learning, academic networking, and international research collaborations, inspiring the next generation of civil engineers to contribute to disaster resilience and sustainable development.
Congratulations to all the participating students and faculty members!
#UTMASCEND2030 #FKAUTM #alwaysahead #CivilEngineering #JapanStudyVisit #NIED #ICHARM #KyotoUniversity #DPRI #DisasterRiskReduction #InternationalCollaboration

[BAHASA MALAYSIA VERSION]
Tajuk: Pelajar Kejuruteraan Awam UTM Teroka Bidang Pengurangan Risiko Bencana dan Kecemerlangan Penyelidikan di Jepun!
Kami berbesar hati berkongsi tentang lawatan akademik dan teknikal ke Jepun oleh 14 pelajar Kejuruteraan Awam serta 5 ahli fakulti dari Fakulti Kejuruteraan Awam (FKA), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) yang telah berlangsung dari 24 Oktober hingga 1 November 2026.
Delegasi ini turut disertai oleh ahli fakulti HHRG iaitu Dr Noraliani Alias, PM Ir Dr Nor Eliza Alias, Dr Aidee Kamal Khamis, Ts. Dr Kogila Vani Annammala, Dr Hazlami Fikri bin Basri, dan Ir. Ts. Gs. Ahmad Fakhri Bin Ishak.
Program ini memfokuskan kepada lawatan ke tiga institusi penyelidikan terkemuka di Jepun:
📍 National Research Institute for Earth Science and Disaster Resilience (NIED), Tsukuba – Menghadiri kuliah teknikal dan melihat secara dekat penyelidikan bencana serta kemudahan eksperimen termaju, termasuk simulator taburan hujan terbesar di dunia, sistem pemantauan gempa bumi bencana, dan kemudahan radar X-band.
📍 International Centre for Water Hazard and Risk Management (ICHARM), Tsukuba – Berkongsi ilmu mengenai pengurusan risiko banjir, pengalaman bencana banjir melalui realiti maya (VR), dan permodelan hidrologi.
📍 Disaster Prevention Research Institute (DPRI), Kyoto University – Menyertai simposium akademik dan pertukaran ilmu mengenai bahaya semula jadi serta mitigasi bencana.
Selain itu, delegasi turut melawat beberapa lokasi warisan budaya yang mempunyai kepentingan sejarah dan kejuruteraan, termasuk bandar Uji dan Kiyomizu-dera di Kyoto—sebuah kuil kayu berusia ratusan tahun yang terkenal kerana ketahanannya menempuh pelbagai gempa bumi dan bencana.
Pendedahan antarabangsa ini memberikan peluang yang amat berharga bagi pembelajaran secara praktikal, pembinaan rangkaian akademik, serta pengukuhan kerjasama penyelidikan global, sekali gus memberi inspirasi kepada bakal jurutera awam untuk menyumbang kepada ketahanan bencana dan pembangunan lestari.
Syabas dan tahniah kepada semua pelajar serta ahli fakulti yang terlibat!
#UTMASCEND2030 #FKAUTM #alwaysahead #CivilEngineering #JapanStudyVisit #NIED #ICHARM #KyotoUniversity #DPRI #DisasterRiskReduction #InternationalCollaboration



