Navigation

Contact Us

FACULTY OF CIVIL ENGINEERING

Universiti Teknologi Malaysia
81310 Johor Bahru
Johor, MALAYSIA

MANAGEMENT / ADMIN OFFICE:
Dean Office: (+607) 53 33024
Admin / HR: (+607) 53 33581
Email: fka@utm.my

RESEARCH:
Office: (+607) 53 33581
Email: td_pipa_fka@utm.my

ACADEMIC OFFICE:
POSTGRADUATE
Tel: (+067) 53 33081
Email: fka-pg@utm.my
UNDERGRADUATE
Tel: (+607) 53 33662
Email: fka-ug@utm.my

FKA Researchers Listed Among the World’s Top 2% Scientists 2026!

By Administrator

24/10/2026

The Faculty of Civil Engineering (FKA), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) extends its heartiest congratulations to four esteemed faculty researchers for their outstanding achievement in being listed among the “World’s Top 2% Scientists 2026” by Elsevier BV, Stanford University.
The distinguished academics who have made the faculty and university proud on the global stage are:

  • Prof. Ir. Ts. Dr. Ahmad Safuan bin A Rashid
  • Prof. P.Geol. Ts. Dr. Edy Tonnizam bin Mohamad
  • Assoc. Prof. Ir. Ts. Dr. Ma Chau Khun
  • Dr. Farah Amalina binti Ishak

This prestigious recognition, sincerely celebrated by the Management and staff of the Faculty of Civil Engineering, reflects the continuous commitment of the FKA community in driving excellence in high-impact research globally. Congratulations and well done!

[BAHASA MALAYSIA]
Penyelidik FKA Tersenarai dalam 2% Saintis Terbaik Dunia 2026!

Fakulti Kejuruteraan Awam (FKA), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada empat orang penyelidik berkaliber fakulti atas pencapaian gemilang disenaraikan dalam kelompok saintis cemerlang “World’s Top 2% Scientists 2026” oleh Elsevier BV, Stanford University.
Barisan akademik yang telah mengharumkan nama fakulti dan universiti di persada antarabangsa ini adalah:

  • Prof. Ir. Ts. Dr. Ahmad Safuan bin A Rashid
  • Prof. P.Geol. Ts. Dr. Edy Tonnizam bin Mohamad
  • Prof. Madya Ir. Ts. Dr. Ma Chau Khun
  • Dr. Farah Amalina binti Ishak

Pengiktirafan berprestij ini dizahirkan dengan ikhlas daripada pihak Pengurusan dan staf Fakulti Kejuruteraan Awam, membuktikan komitmen berterusan warga FKA dalam memacu kecemerlangan penyelidikan yang berimpak tinggi di peringkat global. Syabas dan tahniah!

civil.utm.my | Always Ahead

#Top2PercentScientists #StanfordUniversity #Elsevier #UTMAcademic #FKA #UTM #UTMSanjunganBangsa #WargaUTM #SatuUTM
#1civilengineeringprograminmalaysia #1programkejuruteraanawamdimalaysia

Untuk pengetahuan anda: (bagaimana kiraan dan penilaian Top 2% ini)
Pengiraan senarai “World’s Top 2% Scientists” oleh Elsevier BV dan Universiti Stanford adalah berdasarkan pangkalan data Scopus menggunakan metrik komposit yang dikenali sebagai skor-c (c-score). Skor ini direka untuk menilai kualiti dan impak saintifik sebenar seseorang penyelidik secara objektif berbanding sekadar mengira jumlah kuantiti penerbitan.
Komponen utama dalam pengiraan metodologi ini meliputi:

  • Jumlah Sitasi: Kiraan petikan yang diterima dengan penyingkiran sitasi kendiri (self-citations) untuk mengelakkan manipulasi data dan memberi gambaran impak yang telus.
  • Indeks-h (h-index): Menilai keseimbangan antara jumlah penerbitan saintifik dan jumlah petikan yang diterima oleh penerbitan tersebut.
  • Indeks-hm Terselaras (hm-index): Metrik yang menyelaraskan indeks-h dengan mengambil kira jumlah pengarang bersama (co-authors) dalam setiap kertas kerja yang diterbitkan.
  • Kedudukan Pengarang: Pemberat yang berbeza diberikan kepada sitasi berdasarkan peranan spesifik penyelidik, sama ada sebagai pengarang tunggal, pengarang pertama, atau pengarang terakhir (senior author).

Penyelidik seterusnya diklasifikasikan ke dalam 22 bidang saintifik utama dan 174 sub-bidang. Penarafan ini lazimnya dibahagikan kepada dua kategori berasingan bagi profil saintis, iaitu metrik impak pencapaian sepanjang kerjaya (career-long impact) dan impak petikan bagi tahun tunggal yang dinilai (single-year impact).

Share This Article

Related Posts

UTM Open Day