JOHOR BAHRU, 14 Oktober 2026 – Bersempena dengan Sambutan Bulan Akademia 2026 Peringkat Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Sukan Tradisional Akademia telah berlangsung dengan jayanya dan penuh meriah di Kompleks Sukan, UTM Johor Bahru.

Program yang penuh bermakna ini telah menghimpunkan seramai 220 peserta yang terdiri daripada pensyarah, staf, dan pelajar daripada 11 fakulti. Kesemua pasukan telah mempamerkan semangat kesukanan yang tinggi dalam merebut kejuaraan menerusi enam acara sukan tradisional yang dipertandingkan iaitu Congkak, Batu Seremban, Sepak Raga Bulatan, Dam Haji Gergasi, Baling Tin, dan Lari Kaki Tiga.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada Fakulti Kejuruteraan Awam (FKA) kerana telah berjaya merangkul gelaran Juara Keseluruhan pada edisi kali ini! Kemenangan bermakna ini membuktikan semangat kebersamaan dan kerjasama berpasukan yang jitu dalam kalangan warga FKA.

Sekalung penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada semua peserta daripada pasukan FKA yang telah berjuang dan memberikan komitmen yang luar biasa. Tidak dilupakan juga, jutaan terima kasih kepada pihak penganjur iaitu Jabatan Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) serta penyelaras program, SPACE dan Pusat Kecemerlangan Sukan UTM atas penganjuran program yang cemerlang ini. Ia bukan sahaja menyemarakkan gaya hidup sihat, malah turut memartabatkan keunikan warisan sukan tradisional kita.
Biar berbeza fakulti, semangat kita tetap SATU UTM!

[ENGLISH]
FKA Emerges as Overall Champion of the UTM Academia Traditional Sports 2026!

JOHOR BAHRU, 14 October 2026 – In conjunction with the Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Academia Month 2026, the Academia Traditional Sports event was successfully held in a festive atmosphere at the Sports Complex, UTM Johor Bahru.
This meaningful program brought together 220 participants comprising lecturers, staff, and students from 11 faculties. All teams demonstrated excellent sportsmanship in competing for the championship across six traditional sports events: Congkak, Batu Seremban, Sepak Raga Bulatan, Giant Checkers (Dam Haji Gergasi), Baling Tin, and the Three-Legged Race (Lari Kaki Tiga).

Congratulations and well done to the Faculty of Civil Engineering (FKA) for successfully clinching the title of Overall Champion for this edition! This significant victory is a true testament to the strong unity and exceptional teamwork among the FKA community.
A heartfelt appreciation and gratitude go out to all participants from the FKA team for their outstanding dedication and fighting spirit. We would also like to extend our deepest thanks to the organizers, the Office of the Deputy Vice-Chancellor (Academic & International), as well as the program coordinators, SPACE and the UTM Sports Excellence Centre, for organizing such an excellent event. It not only promotes a healthy lifestyle but also upholds the unique heritage of our traditional sports.
Though we may be from different faculties, our spirit remains ONE UTM!
civil.utm.my | Always Ahead
#BulanAkademia2026 #SukanTradisionalAkademia #UTM #UTMSanjunganBangsa #WargaUTM #SatuUTM
#1programkejuruteraanawamdimalaysia #1civilengineeringprograminmalaysia




