Navigation

Contact Us

FACULTY OF CIVIL ENGINEERING

Universiti Teknologi Malaysia
81310 Johor Bahru
Johor, MALAYSIA

MANAGEMENT / ADMIN OFFICE:
Dean Office: (+607) 53 33024
Admin / HR: (+607) 53 33581
Email: fka@utm.my

RESEARCH:
Office: (+607) 53 33581
Email: td_pipa_fka@utm.my

ACADEMIC OFFICE:
POSTGRADUATE
Tel: (+067) 53 33081
Email: fka-pg@utm.my
UNDERGRADUATE
Tel: (+607) 53 33662
Email: fka-ug@utm.my

Majlis Penyerahan Pelantikan Jawatankuasa Akademik FKA Sesi 2026/2028: Memantapkan Jentera Pentadbiran & Kualiti Akademik Fakulti

By Administrator

16/10/2026

UTM JOHOR BAHRU — Fakulti Kejuruteraan Awam (FKA), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah melangsungkan Majlis Penyerahan Pelantikan Jawatankuasa Akademik Sesi 2026/2028 bagi memperkukuh serta memantapkan lagi jentera pentadbiran dan pengurusan akademik fakulti. Watikah pelantikan rasmi disampaikan oleh YBrs. Prof. Ts. Dr. Mohd Rosli bin Hainin, Dekan FKA.

Pelantikan rasmi ini berkuat kuasa bagi tempoh dua tahun, bermula 1 Oktober 2026 hingga 30 September 2028. Majlis ini menyaksikan penyerahan watikah kepada barisan jawatankuasa merangkumi pengurusan jabatan, ketua program, pengurus kualiti, ketua panel, serta penyelaras kursus dan makmal.


Majlis turut dihadiri oleh PM Dr. Roslli bin Noor Mohamed, Yang Menjalankan Fungsi Timbalan Dekan (Akademik dan Hal Ehwal Pelajar), bersama kepimpinan utama jabatan:

  • Jabatan Struktur dan Bahan (JSB): PM Dr. Roslli Noor Mohamed (Ketua)
  • Jabatan Geoteknik dan Pengangkutan (JGP): Ts. Dr. Mohd Idham Mohd Satar (Ketua)
  • Jabatan Air dan Alam Sekitar (JKAAS): Dr. Noraliani Alias (Ketua)

Pelantikan merangkumi Ketua Panel Prasiswazah (UG) bagi bidang Analisis, Rekabentuk, Pembinaan, Bahan, Geoteknik, Pengangkutan, Hidraul, Hidrologi, dan Alam Sekitar. Turut dilantik adalah Penyelaras Kursus Pejabat Dekan (seperti IDP1, IDP2, PSM/FYP, Latihan Industri, Ukur, dan IT), Penyelaras Program Pascasiswazah (PhD, MPhil, Master, ODL), Penyelaras SPACE, Penyelaras Makmal, serta Jawatankuasa JJKDF, iOBE, dan Audit Dalaman Akademik.

Pelantikan jawatankuasa ini memainkan peranan strategik dalam memastikan kualiti pendidikan dan operasi FKA sentiasa berada pada tahap tertinggi. FKA UTM dijangka terus cemerlang dalam melahirkan graduan kejuruteraan yang berdaya saing serta memperkukuh kedudukannya sebagai pusat rujukan akademik dan penyelidikan terkemuka.

civil.utm.my | Always Ahead

#UTMFKA #FKAUTM #UTMInovatif #UTMResearch #AcademicExcellence #CivilEngineeringUTM #KeranaTuhanUntukManusia #UTMIshtihar #1civilengineeringprograminmalaysia #1programkejuruteraanawamdimalaysia

[English Version]
Handover of Appointment Letters for FKA Academic Committee Session 2026/2028: Strengthening Administrative & Academic Excellence

UTM JOHOR BAHRU — The Faculty of Civil Engineering (FKA), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) held the Handover Ceremony of Appointment Letters for the Academic Committee Session 2026/2028 to further strengthen the administrative machinery and academic governance of the faculty. The official appointment letters were presented by YBrs. Prof. Ts. Dr. Mohd Rosli bin Hainin, Dean of FKA.
The official appointments are effective for a two-year tenure, from October 1, 2026, to September 30, 2028. The ceremony witnessed the handover of appointment letters to key committee members including department leadership, program heads, quality managers, panel heads, as well as course and laboratory coordinators.


The event was also attended by Assoc. Prof. Dr. Roslli bin Noor Mohamed, Performing the Functions of Deputy Dean (Academic and Student Affairs), alongside the Heads of Departments:

  • Department of Structures and Materials (JSB): Assoc. Prof. Dr. Roslli Noor Mohamed (Head)
  • Department of Geotechnics and Transportation (JGP): Ts. Dr. Mohd Idham Mohd Satar (Head)
  • Department of Water and Environmental Engineering (JKAAS): Dr. Noraliani Alias (Head)

The appointments include Undergraduate (UG) Panel Heads across Analysis, Design, Construction, Materials, Geotechnics, Transportation, Hydraulics, Hydrology, and Environment. Also appointed were Dean’s Office Course Coordinators (including IDP1, IDP2, FYP/PSM, Industrial Training, Surveying, and IT), Postgraduate Program Coordinators (PhD, MPhil, Master’s, ODL), SPACE Coordinators, Laboratory Coordinators, as well as committees for JJKDF, iOBE, and Internal Academic Audit.

 

These appointments play a strategic role in ensuring the quality of education and operations at FKA remain at the highest standard. With this commitment, FKA UTM is set to continuously excel in producing competitive engineering graduates and reinforcing its position as a leading global academic and research hub.

civil.utm.my | Always Ahead

#UTMFKA #FKAUTM #UTMInnovative #UTMResearch #AcademicExcellence #CivilEngineeringUTM #InNameofGodForMankind #1civilengineeringprograminmalaysia #1programkejuruteraanawamdimalaysia

Share This Article

Related Posts

UTM Open Day