JOHOR BAHRU – Fakulti Kejuruteraan Awam (FKA), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dengan bangganya mengumumkan pelantikan tiga tokoh terkemuka industri dan akademik sebagai Profesor Adjung FKA UTM bagi tempoh dua tahun, berkuat kuasa dari 1 September 2026 hingga 31 Ogos 2028.
Pelantikan baharu ini merangkumi:

-
YBhg. Dato’ Ir. Hj. Mohamad Khairi bin Ambran

-
YBhg. Datuk Ir. Dr. Hj. Hamim bin Samuri

-
YBrs. Ir. Dr. Ramli bin Nazir
Seluruh warga pengurusan, staf, dan pelajar FKA UTM merakamkan setinggi-tinggi tahniah di atas pelantikan ini. Kehadiran dan kepakaran luas para Profesor Adjung ini dijangka akan memperkukuh sinergi antara akademia dan industri, sekali gus memacu pemindahan ilmu, penyelidikan berimpak tinggi, serta memperkasakan kebolehpasaran graduan FKA sejajar dengan aspirasi UTM ASCEND 2030.
Appointment of FKA UTM Adjunct Professors (2026–2028)
JOHOR BAHRU – The Faculty of Civil Engineering (FKA), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) is proud to announce the official appointment of three distinguished leaders as Adjunct Professors of FKA UTM, effective from 1 September 2026 to 31 August 2028.
The newly appointed Adjunct Professors are:
-
YBhg. Dato’ Ir. Hj. Mohamad Khairi bin Ambran
-
YBhg. Datuk Ir. Dr. Hj. Hamim bin Samuri
-
YBrs. Ir. Dr. Ramli bin Nazir
The management and community of FKA UTM extend their heartiest congratulations on these prestigious appointments. With their extensive experience and industry leadership, their contributions will play a pivotal role in bridging academia with industry, enriching research innovation, and supporting the UTM ASCEND 2030 vision.



