Navigation

Contact Us

FACULTY OF CIVIL ENGINEERING

Universiti Teknologi Malaysia
81310 Johor Bahru
Johor, MALAYSIA

MANAGEMENT / ADMIN OFFICE:
Dean Office: (+607) 53 33715
Admin / HR: (+607) 53 33581
Email: fka@utm.my

RESEARCH:
Office: (+607) 53 33581
Email: td_pipa_fka@utm.my

ACADEMIC OFFICE:
POSTGRADUATE
Tel: (+067) 53 33937
Email: fka-pg@utm.my
UNDERGRADUATE
Tel: (+607) 53 33662
Email: fka-ug@utm.my

UTM-SMK Medini tingkat kesedaran keselamatan infrastruktur melalui Seismo Challenge Peringkat Negeri Johor

By Administrator

12/05/2026

ISKANDAR PUTERI, 9 Mei – Universiti Teknologi Malaysia (UTM) melalui Kumpulan Penyelidikan Kejuruteraan Seismologi dan Kejuruteraan Gempa Bumi (eSEER), Fakulti Kejuruteraan Awam (FKA), dengan kerjasama strategik Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Medini telah berjaya menganjurkan Seismo Challenge – Build and Shake Peringkat Negeri Johor 2026 pada 9 Mei 2026.

Program ini merupakan manifestasi jelas visi UTM ASCEND 2030 dalam memacu kecemerlangan akademik dan kelestarian impak komuniti, selari dengan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG), khususnya SDG 4 berkaitan Pendidikan Berkualiti dan SDG 11 berkaitan Bandar dan Komuniti Mampan.

Di bawah seliaan Ketua Penyelaras UTM, Dr. Muhammad Farhan Mohd Fisol, pertandingan ini telah menarik penyertaan daripada 14 buah sekolah di seluruh Johor. Sekolah yang terlibat merangkumi Sekolah Seni Malaysia Johor (SSeMJ), SMK Taman Damansara Aliff, SMK Gelang Patah, SMK Kota Masai 2, SMK Taman Rinting 2 dan SMK Pasir Gudang 3 dari daerah Johor Bahru; SMK Dato’ Sri Amar DiRaja dari Muar; Sekolah Menengah (SM) Sains Kota Tinggi dan SMK Semenchu dari Kota Tinggi; serta SM Sains Batu Pahat dan SMK Suria Perdana dari Batu Pahat. Turut mengambil bahagian ialah SMK Tengku Aris Bendahara dari Kluang, SMK Tan Sri Osman Mohd Sa’at dari Pontian, serta SMK Mersing dari Mersing.

Berita lanjut di https://news.utm.my/2026/05/utm-smk-medini-tingkat-kesedaran-keselamatan-infrastruktur-melalui-seismo-challenge-peringkat-negeri-johor/

Share This Article

Related Posts

SEMINAR GEOKEJURUTERAAN TROPIKA

SEMINAR GEOKEJURUTERAAN TROPIKA

Johor Bahru, [tarikh program] – Fakulti Kejuruteraan Awam (FKA), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) terus memperkukuh peranan sebagai peneraju bidang kejuruteraan awam melalui penganjuran Seminar Geokejuruteraan Tropika, yang menjadi platform penting dalam memperkasa...

UTM Open Day