SKUDAI, 11 Mac 2026 – Majlis Khatam Al-Quran Wanita Fakulti Kejuruteraan Awam (FKA), Universiti Teknologi Malaysia telah berlangsung dengan penuh khusyuk dan suasana kesyukuran pada 11 Mac 2026.
Program ini menghimpunkan staf wanita FKA yang bersama-sama mengimarahkan bulan Ramadan melalui bacaan Al-Quran secara berkumpulan sehingga khatam. Majlis ini turut menjadi platform untuk mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan warga fakulti di samping menghayati keberkatan bulan yang mulia. 
Sepanjang majlis berlangsung, para peserta bersama-sama menyempurnakan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran serta diakhiri dengan doa kesyukuran agar segala amalan yang dilaksanakan diterima dan diberkati.

Diharapkan program seumpama ini dapat terus menjadi tradisi tahunan bagi memperkukuhkan ukhuwah serta menyemai nilai-nilai kerohanian dalam kalangan warga Fakulti Kejuruteraan Awam.






