Navigation

Contact Us

FACULTY OF CIVIL ENGINEERING

Universiti Teknologi Malaysia
81310 Johor Bahru
Johor, MALAYSIA

MANAGEMENT / ADMIN OFFICE:
Dean Office: (+607) 53 33715
Admin / HR: (+607) 53 33581
Email: fka@utm.my

RESEARCH:
Office: (+607) 53 33581
Email: td_pipa_fka@utm.my

ACADEMIC OFFICE:
POSTGRADUATE
Tel: (+067) 53 33937
Email: fka-pg@utm.my
UNDERGRADUATE
Tel: (+607) 53 33662
Email: fka-ug@utm.my

Inovasi CO2 Mortar UTM Cipta Sejarah, Mara ke Grand Final INNOVATHON Musim 3 & Raih Kedudukan Top 5 Kebangsaan
๏Šฝ

By Administrator

๏ณ

03/02/2026

๏‰บ

SERDANG, 24 Januari โ€“ Inovasi COโ‚‚ Mortar yang dibangunkan oleh pasukan penyelidik dari Fakulti Kejuruteraan Awam (FKA), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah mencatatkan pencapaian membanggakan di peringkat nasional apabila berjaya mara ke Grand Final INNOVATHON Musim 3 dan seterusnya meraih kedudukan Top 5 (tempat ke-4) keseluruhan pertandingan.

Pasukan COโ‚‚ Mortar diwakili oleh Profesor Madya Dr. Nur Hafizah Abd Khalid dan Profesor Madya Dr. Azman Mohamed dari FKA, UTM, bersama Ts. Dr. Adrina Rosseira Abu Talip dari Universiti Teknologi MARA (UiTM) serta Ts. Dr. Syed Mohd Saiful Azwan Syed Hamzah dari Universiti Malaysia Terengganu (UMT). Kejayaan ini membuktikan kekuatan kolaborasi antara universiti awam dalam memacu inovasi berimpak tinggi.

INNOVATHON Musim 3 merupakan sebuah program realiti televisyen terbitan Astro dengan kerjasama Kementerian Ekonomi, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) serta pelbagai agensi kerajaan lain. Program ini berperanan sebagai platform utama untuk menampilkan inovasi tempatan berpotensi tinggi yang mampu menyumbang kepada pembangunan sosioekonomi negara dan agenda kelestarian Malaysia.

Inovasi COโ‚‚ Mortar pada peringkat awal telah berjaya disenarai pendek dalam kelompok Top 56 daripada lebih 2,032 penyertaan di seluruh negara semasa peringkat uji bakat. Pasukan ini kemudiannya mengekalkan prestasi cemerlang dengan melepasi beberapa pusingan penilaian sehingga ke Minggu ke-6 pertandingan, sekali gus menyerlahkan keupayaan teknikal, kebolehskalaan serta kesediaan inovasi ini untuk diaplikasikan dalam industri sebenar.

COโ‚‚ Mortar seterusnya melangkah ke Grand Final menerusi pemilihan Wildcard pertama INNOVATHON Musim 3, iaitu satu laluan khas peluang kedua yang hanya diperuntukkan kepada inovasi luar biasa. Pemilihan Wildcard ini melibatkan proses penilaian yang sangat ketat oleh 28 orang juri profesional yang terdiri daripada pakar industri, ahli akademik dan wakil agensi kerajaan, dan telah dianugerahkan secara sebulat suara oleh barisan juri tetap.

Daripada keseluruhan pertandingan, hanya dua inovasi di peringkat nasional berjaya menerima Wildcard, iaitu COโ‚‚ Mortar dan Wondaleaf Adhesive Pouch, sekali gus menonjolkan tahap kompetitif dan eksklusif pengiktirafan tersebut. Keputusan juri adalah berdasarkan keupayaan COโ‚‚ Mortar dalam menangkap dan memanfaatkan karbon dioksida, sumbangan inovatifnya kepada industri pembinaan, serta penjajarannya yang kukuh dengan agenda kelestarian alam sekitar negara dan sasaran karbon sifar bersih (Net Zero) Malaysia.

Pada malam Grand Final, COโ‚‚ Mortar diumumkan sebagai pemenang tempat ke-4 (Top 5) dan berjaya memperoleh Dana Sokongan Pembangunan Perniagaan bernilai RM250,000, selain hadiah wang tunai RM10,000. Lebih membanggakan, inovasi ini turut menerima Anugerah Pilihan Rakyat (Peopleโ€™s Choice Award) pada Minggu ke-6 pertandingan, mencerminkan sokongan serta keterlibatan awam yang tinggi terhadap inovasi ini.

Kejayaan COโ‚‚ Mortar dijangka menjadi pemangkin kepada pembangunan teknologi pembinaan rendah karbon, sekali gus menyumbang secara signifikan kepada usaha Malaysia dalam mencapai pembangunan mampan dan sasaran pelepasan karbon sifar bersih pada masa hadapan.


Artikel ini disumbangkan oleh wakil Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Profesor Madya Dr. Azman Bin Mohamed dan Profesor Madya Dr. Nur Hafizah Binti Abd Khalid dari Fakulti Kejuruteraan Awam.

Untuk lebih lanjut layari: https://news.utm.my/2026/01/coโ‚‚-mortar-wins-top-5-at-innovathon-season-3-grand-final/

Share This Article

Related Posts

๐Š๐š๐ซ๐ง๐ข๐ฏ๐š๐ฅ ๐‰๐จ๐ฆ ๐Œ๐š๐ฌ๐ฎ๐ค ๐”๐ง๐ข๐ฏ๐ž๐ซ๐ฌ๐ข๐ญ๐ข ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” (๐‰๐Œ๐” ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”) ๐™๐จ๐ง ๐’๐ž๐ฅ๐š๐ญ๐š๐ง

๐Š๐š๐ซ๐ง๐ข๐ฏ๐š๐ฅ ๐‰๐จ๐ฆ ๐Œ๐š๐ฌ๐ฎ๐ค ๐”๐ง๐ข๐ฏ๐ž๐ซ๐ฌ๐ข๐ญ๐ข ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” (๐‰๐Œ๐” ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”) ๐™๐จ๐ง ๐’๐ž๐ฅ๐š๐ญ๐š๐ง

๐Š๐š๐ซ๐ง๐ข๐ฏ๐š๐ฅ ๐‰๐จ๐ฆ ๐Œ๐š๐ฌ๐ฎ๐ค ๐”๐ง๐ข๐ฏ๐ž๐ซ๐ฌ๐ข๐ญ๐ข ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” (๐‰๐Œ๐” ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”) ๐™๐จ๐ง ๐’๐ž๐ฅ๐š๐ญ๐š๐ง Masih mencari hala tuju selepas SPM, STPM, Matrikulasi serta Diploma dan setaraf ? Inilah masanya untuk anda meneroka peluang dan merancang masa depan dengan lebih jelas.Jom hadir ke Karnival Jom Masuk...

KERJAYA IMPIAN ANDA BERMULA DI SINI!

KERJAYA IMPIAN ANDA BERMULA DI SINI!

Perhatian kepada semua mahasiswa dan pencari kerja! UTM Premium Career Festival (UTM PEARL 2026) kembali lagi dengan peluang yang lebih besar dan syarikat yang lebih berprestij! Sama ada anda sedang mencari tempat latihan industri (internship) atau peluang pekerjaan...

UTM Open Day