Navigation

Contact Us

FACULTY OF CIVIL ENGINEERING

Universiti Teknologi Malaysia
81310 Johor Bahru
Johor, MALAYSIA

MANAGEMENT / ADMIN OFFICE:
Dean Office: (+607) 53 33715
Admin / HR: (+607) 53 33581
Email: fka@utm.my

RESEARCH:
Office: (+607) 53 33581
Email: td_pipa_fka@utm.my

ACADEMIC OFFICE:
POSTGRADUATE
Tel: (+067) 53 33937
Email: fka-pg@utm.my
UNDERGRADUATE
Tel: (+607) 53 33662
Email: fka-ug@utm.my

Sambutan Maulidur Rasul 1447H: Membangun Ummah Madani

By Administrator

05/09/2025

Fakulti Kejuruteraan Awam (FKA), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) mengucapkan Salam Maulidur Rasul 1447 Hijrah kepada seluruh warga kampus dan masyarakat Islam. Sambutan Maulidur Rasul pada tahun ini mengangkat tema “Membangun Ummah Madani”, yang menekankan keperibadian unggul, perpaduan serta kesejahteraan dalam membina sebuah masyarakat yang harmoni, berakhlak dan berdaya maju.

Maulidur Rasul bukan sekadar memperingati kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW, tetapi juga menjadi wadah untuk meneladani ajaran Baginda dalam kehidupan seharian. Nilai kasih sayang, amanah, keadilan, dan ihsan yang ditonjolkan Rasulullah SAW sewajarnya menjadi asas pembentukan ummah madani, selari dengan tuntutan semasa.

Pengurusan dan seluruh warga FKA berharap agar sambutan ini dapat memperkukuh semangat ukhuwah, mempertingkat kefahaman agama serta membimbing kita untuk terus mencontohi akhlak Rasulullah SAW dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai khalifah di muka bumi.

Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1447H
Daripada Pengurusan & Warga Fakulti Kejuruteraan Awam, UTM.

Share This Article

Related Posts

Festival Kerjaya Premium UTM (UTMPearl) 2026

Festival Kerjaya Premium UTM (UTMPearl) 2026

Pusat Kerjaya UTM (UTMCC) akan menganjurkan Festival Kerjaya Premium UTM (UTMPearl) 2026. Sebanyak 7️⃣3️⃣syarikat dari dalam dan luar negara, yang kebanyakannya merupakan syarikat multinasional (MNC), akan menyertai program ini. Selain menawarkan peluang pekerjaan dan...

Tahniah Prof. Ts. Dr. Abd Latif Saleh

Tahniah Prof. Ts. Dr. Abd Latif Saleh

𝐓𝐚𝐡𝐧𝐢𝐚𝐡 𝐚𝐭𝐚𝐬 𝐩𝐞𝐥𝐚𝐧𝐭𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐬𝐞𝐛𝐚𝐠𝐚𝐢 𝐀𝐡𝐥𝐢 𝐋𝐞𝐦𝐛𝐚𝐠𝐚 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐚𝐫𝐚𝐡 𝐔𝐧𝐢𝐯𝐞𝐫𝐬𝐢𝐭𝐢 𝐓𝐞𝐤𝐧𝐨𝐥𝐨𝐠𝐢 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 (𝐔𝐓𝐌) Seluruh warga FKA mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada YBrs. Prof. Ts. Dr. Abd Latif Saleh atas pelantikan sebagai Ahli Lembaga Pengarah Universiti Teknologi Malaysia....

UTM Open Day