Navigation

Contact Us

FACULTY OF CIVIL ENGINEERING

Universiti Teknologi Malaysia
81310 Johor Bahru
Johor, MALAYSIA

MANAGEMENT / ADMIN OFFICE:
Dean Office: (+607) 53 33715
Admin / HR: (+607) 53 33581
Email: fka@utm.my

RESEARCH:
Office: (+607) 53 33581
Email: td_pipa_fka@utm.my

ACADEMIC OFFICE:
POSTGRADUATE
Tel: (+067) 53 33937
Email: fka-pg@utm.my
UNDERGRADUATE
Tel: (+607) 53 33662
Email: fka-ug@utm.my

Selamat Menyambut Hari Kebangsaan ke-68
๏Šฝ

By Administrator

๏ณ

31/08/2025

๏‰บ

Bangga Menjadi Anak Malaysia
Di bumi merdeka aku berdiri,
dengan jiwa yang teguh, hati yang murni,
tanah subur ini warisan nenek moyang,
tempatku bernaung, tempatku pulang.
Berbilang bangsa, berbeza bahasa,
namun sehati sejiwa,
bagai pelangi mewarnai langit,
indah berseri, harmoni terbit.
Bendera berkibar megah di udara,
Jalur Gemilang lambang perkasa,
merah putih biru kuning bersatu,
teguhnya semangat rakyat bersatu padu.
Aku bangga menjadi anak Malaysia,
hidup rukun, aman sentiasa,
walau cabaran datang menduga,
kami berdiri gagah bersama.
Malaysia tanah tumpah darahku,
cintamu terukir di hatiku,
selagi hayat dikandung badan,
namamu harum, kupertahan.
nukilan sajak daripada:
Kamsaini Kamaruddin
31082025

Pengurusan serta seluruh warga Fakulti Kejuruteraan Awam (FKA), Universiti Teknologi Malaysia dengan penuh rasa syukur dan bangga mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kebangsaan ke-68.

Sambutan ini bukan sekadar memperingati sejarah perjuangan kemerdekaan, tetapi juga mengingatkan kita tentang nilai perpaduan, semangat juang, dan tanggungjawab bersama dalam membina Malaysia yang lebih maju, sejahtera, dan berdaya saing.

Dengan semangat Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni, marilah kita terus mengorak langkah ke hadapan, menyumbang ke arah pembangunan ilmu, teknologi, dan kemanusiaan demi kesejahteraan negara tercinta.

Selamat Hari Kebangsaan 2025!

#FakultiKejuruteraanAwamUTM
#UniversitiTeknologiMalaysia

Share This Article

Related Posts

๐Š๐š๐ซ๐ง๐ข๐ฏ๐š๐ฅ ๐‰๐จ๐ฆ ๐Œ๐š๐ฌ๐ฎ๐ค ๐”๐ง๐ข๐ฏ๐ž๐ซ๐ฌ๐ข๐ญ๐ข ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” (๐‰๐Œ๐” ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”) ๐™๐จ๐ง ๐’๐ž๐ฅ๐š๐ญ๐š๐ง

๐Š๐š๐ซ๐ง๐ข๐ฏ๐š๐ฅ ๐‰๐จ๐ฆ ๐Œ๐š๐ฌ๐ฎ๐ค ๐”๐ง๐ข๐ฏ๐ž๐ซ๐ฌ๐ข๐ญ๐ข ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” (๐‰๐Œ๐” ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”) ๐™๐จ๐ง ๐’๐ž๐ฅ๐š๐ญ๐š๐ง

๐Š๐š๐ซ๐ง๐ข๐ฏ๐š๐ฅ ๐‰๐จ๐ฆ ๐Œ๐š๐ฌ๐ฎ๐ค ๐”๐ง๐ข๐ฏ๐ž๐ซ๐ฌ๐ข๐ญ๐ข ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” (๐‰๐Œ๐” ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”) ๐™๐จ๐ง ๐’๐ž๐ฅ๐š๐ญ๐š๐ง Masih mencari hala tuju selepas SPM, STPM, Matrikulasi serta Diploma dan setaraf ? Inilah masanya untuk anda meneroka peluang dan merancang masa depan dengan lebih jelas.Jom hadir ke Karnival Jom Masuk...

KERJAYA IMPIAN ANDA BERMULA DI SINI!

KERJAYA IMPIAN ANDA BERMULA DI SINI!

Perhatian kepada semua mahasiswa dan pencari kerja! UTM Premium Career Festival (UTM PEARL 2026) kembali lagi dengan peluang yang lebih besar dan syarikat yang lebih berprestij! Sama ada anda sedang mencari tempat latihan industri (internship) atau peluang pekerjaan...

UTM Open Day