Navigation

Contact Us

Faculty of Civil Engineering

Universiti Teknologi Malaysia
81310 Johor Bahru
Johor, MALAYSIA
Tel: (+607) 53 33715 (Dean Office)
Email: fka@utm.my

Baucar Buku MADANI 2025 Siswa UTM

By Administrator

29/08/2025

INISIATIF BAUCAR BUKU MADANI RM100 UNTUK PELAJAR IPT


Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim atas persetujuan Kerajaan untuk meneruskan pelaksanaan inisiatif Baucar Buku MADANI bernilai RM100 kepada para pelajar Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) warganegara Malaysia.

Inisiatif ini akan dilaksanakan bermula 28 Ogos hingga 12 Disember 2025 dan dijangka memanfaatkan seramai 500,000 orang pelajar IPT di bawah KPT, merangkumi Universiti Awam (UA), Politeknik, Kolej Komuniti dan Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS).

Pelaksanaan inisiatif ini akan dibuat menerusi portal https://mysiswaplace.my/ (MySiswaPlace) sebagai platform sehenti bagi semakan kelayakan, penjanaan serta penebusan baucar, dan pembelian bahan bacaan secara atas talian sepenuhnya.

Portal ini menawarkan lebih 1 juta judul bahan bacaan, termasuk buku fizikal dan e-book yang disediakan oleh lebih 250 rakan niaga. Baucar boleh digunakan oleh semua pelajar yang layak untuk pembelian buku akademik, bahan rujukan, bacaan ilmiah serta pelbagai lagi.

Inisiatif ini merupakan sebahagian daripada komitmen berterusan Kerajaan MADANI untuk menyokong keperluan pembelajaran pelajar, meringankan beban kewangan pelajar dan bermatlamat bagi membudayakan amalan membaca di kalangan generasi muda, terutama golongan mahasiswa serta merancakkan pertumbuhan ekonomi industri buku.

KPT berharap agar semua pelajar berkelayakan dapat memanfaatkan baucar buku ini untuk menambah ilmu pengetahuan dan meningkatkan keupayaan diri, selaras dengan fokus utama Kementerian melahirkan bakat terbaik negara.

KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI
27 OGOS 2025

Syarat Kelayakan:

i. Warganegara Malaysia sahaja
ii. Menuntut di IPT di bawah seliaan KPT termasuk Universiti Awam, Politeknik, Kolej Komuniti dan IPTS
iii. Berstatus aktif sebagai pelajar pada 30 Jun 2025
iv. Sedang melanjutkan pengajian di peringkat Sijil, Sarjana Muda, Sarjana, Dokter Falsafah dan kursus profesional yang bertaraf Diploma dan ke atas yang diiktiraf oleh Kerajaan atau badan-badan profesional
v. Mod pengajian separuh dan sepenuh masa

Cara memohon:

  • Semak kelayakan di Portal MySiswaPlace. Sila klik di sini
  • Kod baucer akan dijana sekiranya layak
  • Hanya sah digunakan untuk pembelian buku secara dalam talian di Portal MySiswaPlace sahaja
  • Setiap pelajar layak menebus baucar berjumlah RM100 sahaja
  • Baucar yang telah ditebus, sah laku pembelian hanya dalam tempoh 7 hari sahaja
  • Lebih 1 juta pilihan judul bahas bacaan fizikal dan e-book melalui lebih 250 rakan niaga

 

Share This Article

Related Posts

FKA Stands in Solidarity with Palestine

FKA Stands in Solidarity with Palestine

FKA Stands in Solidarity with Palestine — #Stand4Palestine #Stand4Sumud The Faculty of Civil Engineering (FKA), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) expresses its unwavering solidarity and support for the people of Palestine, particularly in upholding the spirit of...