18 Ogos 2025 | Johor Bahru – Fakulti Kejuruteraan Awam (FKA), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua warga fakulti yang telah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Citra Karisma 2024 sempena Majlis Anugerah Kecemerlangan dan Penghargaan UTM 2025. Bertempat di Dewan Sultan Iskandar, UTM.
Anugerah berprestij ini merupakan pengiktirafan universiti kepada staf akademik dan bukan akademik yang telah menunjukkan komitmen tinggi, kecemerlangan serta dedikasi sepanjang perkhidmatan mereka.
Penerima daripada Fakulti Kejuruteraan Awam adalah seperti berikut:
- Abu Bakar bin Sa’an – Pembantu Khidmat Am H1
- Afifah Syafiqah binti Nazir – Pembantu Tadbir (P/O) N1
- Amtrial bin Tamrin – Pembantu Kemahiran H1
- Jemahari bin Hamjah – Pembantu Khidmat Am H1
- Dr. Khairul Hazman bin Padil – Pensyarah Universiti DS13
- Mohamad Hafiza Fikry bin Zainun – Penolong Jurutera JA5
- Ir. Ts. Dr. Mohamad Hidayat bin Jamal – Profesor Madya DS14
- Dr. Mohd Zul Hanif bin Mohd Ariff – Pensyarah Universiti DS13
- Mohd. Kamal bin Mahmud – Penolong Pegawai Teknologi Maklumat FA5
- Ir. Dr. Nor Eliza binti Alias – Pensyarah Universiti DS13
- Ts. Dr. Nor Hasanah binti Shukor Lim – Pensyarah Universiti DS13
- Dr. Nur Hafizah binti Abd Khalid – Pensyarah Universiti DS13
- Ts. Dr. Nor Zurairahetty binti Mohd Yunus – Profesor Madya DS14
- Ts. Dr. Yong Ee Ling – Pensyarah Universiti DS13
Fakulti Kejuruteraan Awam amat berbangga dengan pencapaian ini dan berharap pengiktirafan tersebut akan menjadi pemangkin semangat kepada seluruh warga fakulti untuk terus berkhidmat dengan cemerlang demi kecemerlangan UTM di persada antarabangsa.