Pihak Fakulti Kejuruteraan Awam (FKA), Universiti Teknologi Malaysia merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada YBrs. Prof. Ir. Dr. Marlinda Binti Abdul Malek atas segala sumbangan bakti, komitmen, dan dedikasi sepanjang tempoh perkhidmatan beliau di fakulti ini.
“Kereta selisih di Kuala Kedah,
Jalan selaha menuju jeti,
Terima kasih ucapan terindah,
Atas segala jasa dan bakti.”
Doa kami sentiasa mengiringi perjalanan dan kerjaya Prof. Dr. Marlinda.
Selamat maju jaya di masa hadapan!