Navigation

Contact Us

Faculty of Civil Engineering

Universiti Teknologi Malaysia
81310 Johor Bahru
Johor, MALAYSIA
Tel: (+607) 53 33715 (Dean Office)
Email: fka@utm.my

FKA-ICE DAY 2025 Siri 1 Berlangsung Meriah di Fakulti Kejuruteraan Awam, UTM

By admin98

17/06/2025

17 Jun 2025 (Selasa) – Fakulti Kejuruteraan Awam (FKA), Universiti Teknologi Malaysia telah berjaya menganjurkan FKA-Industry-Community Engagement (FKA -ICE DAY 2025)( Siri 1), bertempat di Smart Classroom (sesi ceramah industri) dan kawasan sekitar Blok M50 (sesi temu duga), dari jam 9.00 pagi hingga 2.00 petang.

Majlis dimulakan dengan ucapan pembukaan oleh Dekan FKA, YBrs. Prof. Madya Dr. Suhaimi Abu Bakar, yang menekankan kepentingan jalinan kerjasama antara institusi akademik dan pihak industri dalam membentuk graduan yang kompeten, berdaya saing, dan bersedia untuk cabaran sebenar dunia pekerjaan.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak industri yang terlibat dan menegaskan bahawa platform seperti ini merupakan peluang berharga kepada pelajar untuk memahami kehendak industri serta membina jaringan profesional yang strategik.

Program ini menyediakan ruang interaksi secara langsung antara pelajar dan pihak industri melalui sesi taklimat, perkongsian kerjaya serta sesi temu duga terbuka untuk penempatan latihan industri dan peluang pekerjaan.

FKA merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada syarikat-syarikat yang terlibat:

  • GreenIBS Consult Sdn. Bhd.

  • Laubros Holdings (M) Sdn. Bhd.

  • MGB Berhad

  • EcoWorld

  • Lagenda Properties Berhad

  • China Communications Construction (ECRL) Sdn. Bhd.

  • Safwa Global Venture (M) Sdn. Bhd.

Penglibatan aktif pihak industri telah menjadikan FKA-ICE DAY 2025 sebagai platform penting dalam memperkukuh hubungan universiti-industri dan menyokong aspirasi FKA dalam melahirkan graduan kejuruteraan awam yang inovatif, bertanggungjawab dan bersedia menghadapi cabaran masa depan.



 

Share This Article

Related Posts

Road Safety Crisis: Where Are We Failing?

Road Safety Crisis: Where Are We Failing?

Johor Bahru, 17 June 2025 – A shocking photo of an overturned express bus, featured alongside a thought-provoking commentary by Assoc. Prof. Dr. Sitti Asmah Hassan from the Faculty of Civil Engineering (FKA), UTM, has reignited national concern over Malaysia’s...