1. Syarat & Kelayakan Tempahan
A. Siapakah yang layak membuat tempahan jurugambar rasmi FKA?
Tempahan ini terbuka kepada semua staf dan persatuan/kelab pelajar di bawah Fakulti Kejuruteraan Awam (FKA) yang menganjurkan acara rasmi fakulti.
B. Apakah jenis majlis/program yang boleh memohon perkhidmatan jurugambar ini?
Majlis rasmi fakulti, bengkel, seminar, persidangan, syarahan umum, serta program akademik atau pembangunan pelajar yang dianjurkan di peringkat FKA.
C. Adakah perkhidmatan jurugambar ini percuma?
Ya, perkhidmatan ini adalah percuma bagi majlis dan program rasmi fakulti di bawah pengurusan FKA.
2. Proses & Prosedur Tempahan
A. Bagaimanakah cara untuk membuat tempahan?
Anda perlu semak kalendar ketersediaan terlebih dahulu di laman web FKA. Jika tiada pertindihan tarikh dan masa, isi borang tempahan dalam talian di https://civil.utm.my/it/tempahan-jurugambar-rasmi/
B. Berapa hari lebih awal tempahan perlu dibuat sebelum tarikh program?
Tempahan disyorkan dibuat sekurang-kurangnya 3 hingga 7 hari bekerja sebelum tarikh program bagi memudahkan kelulusan dan penjadualan jurugambar.
C. Apa perlu saya buat jika tarikh/masa yang saya inginkan telah ada tempahan lain (bertindih)?
Sila hubungi Unit IT FKA terlebih dahulu untuk perbincangan sebelum membuat sebarang tempahan borang rasmi.
D. Bagaimanakah saya tahu tempahan saya telah diluluskan?
Tempahan anda akan dikemas kini dalam Kalendar Tempahan laman web FKA, atau pihak Unit IT FKA akan menghubungi anda melalui e-mel/panggilan telefon.
E. Bolehkah saya membuat tempahan untuk program yang berlangsung pada hujung minggu atau cuti umum?
Boleh, namun ia tertakluk kepada ketersediaan dan kelulusan pihak Unit IT FKA.
3. Pembatalan & Pindaan
A. Bagaimanakah jika terdapat perubahan tarikh, masa atau lokasi program?
Sila maklumkan kepada Unit IT FKA secepat mungkin melalui e-mel atau telefon untuk kemas kini jadual.
B. Bagaimanakah cara untuk membatalkan tempahan yang telah dibuat?
Emelkan permohonan pembatalan beserta nama penempah dan tajuk program kepada Unit IT FKA supaya slot tersebut boleh dibuka kepada penempah lain.
4. Penyerahan Gambar & Hak Cipta
A. Berapa lamakah tempoh untuk mendapatkan gambar selepas majlis selesai?
Gambar selalunya akan diserahkan dalam tempoh 3 hingga 5 hari bekerja selepas program berakhir.
B. Bagaimanakah gambar majlis akan diserahkan kepada penganjur?
Gambar akan diberikan melalui pautan muat turun (Google Drive/Cloud Storage) atau dimasukkan ke dalam pemacu simpanan (pendrive) penganjur.
C. Adakah gambar yang diserahkan telah disunting (edited)?
Ya, gambar yang diserahkan merangkumi gambar yang telah disunting asas (pencahayaan & warna).
D. Siapakah pemilik hak cipta gambar yang diambil?
Hak cipta gambar adalah milik Fakulti Kejuruteraan Awam (FKA) dan boleh digunakan bagi tujuan liputan, promosi, serta arkib fakulti.
5. Pertanyaan Teknikal & Umum
A. Adakah Unit IT FKA menyediakan perkhidmatan rakaman video (videography)?
Fokus utama perkhidmatan ini adalah fotografi (gambar statik). Bagi rakaman video, ia tertakluk kepada ketersediaan peralatan/keperluan khas dan perlu dibincangkan terlebih dahulu.
B. Bolehkah saya memohon lebih daripada seorang jurugambar untuk program yang besar?
Penyediaan bilangan jurugambar bergantung kepada keutamaan skop program dan ketersediaan petugas Unit IT.
C. Adakah borang Google Form ini boleh diakses menggunakan e-mel peribadi?
Disyorkan untuk menggunakan e-mel rasmi UTM (@utm.my atau @graduate.utm.my) semasa mengisi borang tempahan.
D. Adakah penempah perlu menyediakan makanan/minuman untuk jurugambar semasa majlis?
Bagi program berskala besar atau yang berlangsung sepanjang hari, penyediaan kupon/makanan adalah sangat dihargai.
E. Bolehkah perkhidmatan jurugambar ini ditempah untuk majlis peribadi staf/pelajar?
Tidak. Perkhidmatan ini adalah khusus untuk acara dan aktiviti rasmi fakulti sahaja.
F. Siapakah yang boleh saya hubungi jika mempunyai soalan lanjut?
Anda boleh menghubungi Unit IT FKA melalui e-mel di it_fka@utm.my atau hadir terus ke Pejabat IT (Aras 1, Blok M48).
🇬🇧 ENGLISH
1. Eligibility & Conditions
Who is eligible to book the official FKA photographer?
This booking is open to all staff and student associations/clubs under the Faculty of Civil Engineering (FKA) organizing official faculty events.
What types of events qualify for this photography service?
Official faculty ceremonies, workshops, seminars, conferences, public lectures, and academic or student development programs organized at the FKA level.
Is this photography service free of charge?
Yes, the service is free for official faculty events managed under FKA.
2. Booking Procedure
How do I make a booking?
Check the availability calendar on the FKA website first. If there are no date and time clashes, complete the online booking form at https://civil.utm.my/it/tempahan-jurugambar-rasmi/
How far in advance should I submit a booking?
Bookings should ideally be submitted at least 3 to 7 working days prior to the event date to facilitate approval and scheduling.
What should I do if my preferred date/time overlaps with another booking?
Please contact the FKA IT Unit first for further discussion before submitting the official form.
How will I know if my booking is approved?
Your booking will be updated on the FKA Website Booking Calendar, or the FKA IT Unit will notify you via email/phone call.
Can I book photography services for events held on weekends or public holidays?
Yes, but it is subject to the availability and approval of the FKA IT Unit.
3. Cancellation & Amendments
What if there are changes to the date, time, or location of the event?
Please notify the FKA IT Unit as soon as possible via email or phone call to update the schedule.
How do I cancel a booking?
Send a cancellation email including the applicant’s name and event title to the FKA IT Unit so that the slot can be freed up for others.
4. Photo Delivery & Copyright
How long does it take to receive the photos after the event?
Photos are typically delivered within 3 to 5 working days after the event concludes.
How will the photos be delivered to the organizer?
Photos will be shared via a download link (Google Drive/Cloud Storage) or transferred to the organizer’s flash drive.
Are the delivered photos edited?
Yes, the delivered photos will undergo basic editing (lighting and color correction).
Who owns the copyright of the photos taken?
Copyright belongs to the Faculty of Civil Engineering (FKA) for reporting, promotional, and archival purposes.
5. Technical & General Enquiries
Does the FKA IT Unit provide videography services as well?
The primary focus is official photography. Videography requests are subject to equipment availability and prior discussion.
Can I request more than one photographer for a large-scale event?
The number of photographers assigned depends on the event’s scope and IT Unit staff availability.
Can I access the online booking form using a personal email?
It is recommended to use your official UTM email (@utm.my or @graduate.utm.my) when filling out the form.
Do organizers need to provide meals for the photographer during the event?
For full-day or major events, providing meal vouchers/refreshments for the photographer is greatly appreciated.
Can this service be booked for personal events by staff or students?
No. This service is strictly dedicated to official faculty events.
Who can I contact for further inquiries?
You can reach out to the FKA IT Unit via email at it_fka@utm.my or visit the IT Office (Level 1, Block M48).

